Kagum dengan kesungguhan Asyalliee yang gigih pergi camping dengan anak-anak kecil! Pertama kali menikmati perkhemahan di samping keluarga tersayang, usaha ibu kepada tiga cahaya mata ini menjadikan ruang khemah lebih selesa dan indah nyata menarik perhatian ramai. Sekaligus menginspirasikan kaum ibu untuk bawa anak-anak beriadah!
Memilih tapak perkhemahan di Bukit Tinggi, Bentong, Asyalliee atau mesra disapa Asya yang dikenali sebagai antara influencer yang bijak mengatur hias ruang gigih membawa pelbagai perkakas memasak dan kelengkapan perabot demi mencipta suasana selesa buat seisi keluarga.
Camping Next Level!
Bukan saja lengkap dengan pinggan mangkuk dan cawan, segala sudip, periuk, cerek, kuali dan toaster pun ada. Dah macam dapur bergerak!
Patutlah followers puji usaha isteri Eboy Arbaain ini.
View this post on Instagram
Kongsi Asya, “My first time camping. Bagi aku yang selalu sibuk dengan hal bisnes aku, sampai masa pun tak ada dengan anak-anak. Dan masa dengan suami pun tak ada walau pun hari-hari bersama, bercamping ni aku dapat masa bersama keluarga aku.
Artikel berkaitan: “Warna Kulit Tangan Dan Muka Adalah Berbeza, Ramai Yang Buat Silap…” – Asyalliee Kongsi Petua Elak Kesilapan Solekan!
Aku hanya fokus kepada keluarga aku, kerjasama, komunikasi dan tolong-menolong dapat mengeratkan kami lagi dan menambahkan lagi kasih sayang dalam keluarga aku. Tak sabar next camping!”
Asyalliee Syukur Dapat ‘Quality Time’ Dengan Keluarga
Asya yang juga pengasas Loveliee dan Asyalliee Group ini bersyukur dapat mengisi masa berkualiti dengan suami serta anak-anak sepanjang perkhemahan tersebut.
View this post on Instagram
“Allah jentikkan ke dalam hati suamiku untuk mengajak aku bercamping. Pada permulaannya, aku macam teragak tapi entah tiba-tiba hati aku macam teringin juga, macam Allah juga menjentik hatiku untuk mengizinkan suamiku bercamping.
Setelah kali pertama aku camping, aku terus jatuh cinta. Sepertinya cinta pandang pertama, aku rasa tenang sangat. Ibarat bila aku camping, aku masuk ke dunia lain.
Duit boleh dicari, tapi kenangan begini tidak akan dapat di mana mana.”
Asya atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba berusia 27 tahun berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula NONA.
Artikel berkaitan: Pernah Berangan Nak Bersanding Namun Tak Mampu, Impian Asyalliee Kini Tercapai Lepas 5 Tahun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Asyalliee
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.