Eh, betul ke hanya dengan minum kopi americano, anda mampu menurunkan berat dan membuang lebihan lemak badan?
Minum Kopi Americano
Tahukah, untuk penurunan berat badan yang optimum, minum kopi tanpa tambahan gula atau krimer tiruan boleh mengurangkan kalori. Dan kopi americano jenis ais ialah pilihan yang bagus.
Kopi sebenarnya boleh membantu anda untuk kurus, asalkan anda tidak memakannya dengan sebiji donat atau sepotong kek.
Menurut sebuah kajian di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, minum kopi 4 cawan sehari boleh mengurangkan lemak di dalam badan sebanyak 4%.
Kopi mengandungi lebih 1,000 sebatian, kebanyakannya memberi manfaat kesihatan dan boleh merangsang pembakaran lemak semasa aktiviti atau rehat.
@coachakmal 4 Tips Cara Minum Kopi, Untuk Bantu Kurus. 1. Minum kopi o kosong, pada waktu pagi. Mengikut kajian, sarapan atau tidak kita di waktu pagi, tidak memberi kesan kepada diet kita, tapi konsisten atau tidak, kita bersarapan, atau tak bersarapan, lebih memberi kesan. Maksudnya konsisten atau istiqamah itu lebih penting, bukannya waktu kita makan. Sesetengah orang memang tak berselera sarapan pagi, tapi tekak rasa nak minum sesuatu. Minumlah kopi o kosong, untuk hilangkan rasa dahaga, lebih bertenaga dan bersemangat! Kalau kawan2 ajak minum pagi pun, order je black coffee… Kan ke mudah. So takdelah berisiko terlebih makan pada hari tersebut. 2. Minum 2 ke 3 cup kopi o kosong, jika senaman pagi. Mengikut kajian, prestasi sukan kita paling optimal memang ialah pada waktu petang, banyak rekod dunia dalam sukan, dicapai di waktu petang. Sekiranya kita selalu senaman petang, tiba2 kita terpaksa senaman pagi, maka elok, kita minum 2 ke 3 cup kopi o kosong, sebagai preworkout. Ianya akan memberi kita boost untuk mencapai tahap prestasi yang sama, seperti kita bersenam di waktu petang. So, tak perlulah kita membatalkan sesi senaman kita pada hari tersebut, lantas, dapat mengekalkan energy expenditure kita, seperti biasa, lalu lebih membantu diet kita, untuk mengecutkan lemak badan. 3. Minum Kopi O Kosong Decaf. Kopi decaf, lebih memberikan rasa kenyang berbanding kopi o kosong. Kopi o kosong lebih memberi rasa kenyang, berbanding air kosong biasa. Tapi dengan kopi decad, iainya tiada caffein, jadi ianya tidak mengganggu tidur kita. Tidur yang berkualiti, membolehkan pengecutan lemak yang lebih optimal, ketika kita berdiet. 4. Tambah Pemanis Tiruan Zero Mengikut kajian, minuman yang ada pemanis tiruan lebih berkesan membantu kita dalam perjalanan diet kita, untuk menjadi kurus, dan kekal kurus, berbanding air kosong biasa. Jadi tambahlah gula tiruan, sekiranya anda ingin mempunya ruang kalori intake yang lebih fleksibel, supaya boleh makan makanan yang lebih memuaskan, lebih mudah berdiet, dan of course sekiranya anda tak suka rasa kopi o kosong, tapi masih mahu faedah dari secangkir kopi.. semoga memberi manfaat, jemput share! #kopikurus #kopikurusviral #tipsdiet #kurus #coachakmal #tipskurus ♬ Lofi Vibes – Gentle State
Perkara Penting Kalau Nak Layan Kopi
Berikut adalah beberapa perkara penting yang membantu semasa minum kopi pada waktu pagi untuk penurunan berat badan:
Kafein:
Perangsang terkenal yang meningkatkan metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak sebanyak kira-kira 10%.
Chlorogenic Acid:
Membantu mengurangkan kolesterol, paras gula dalam darah, dan penyerapan lemak untuk kawalan berat badan yang lebih baik.
Antioksidan:
Kopi kaya dengan antioksidan yang mengurangkan keradangan dan risiko penyakit, yang merupakan faktor dalam pengurusan berat badan.
Yang penting, bila minum kopi americano jangan tambah gula atau krimer untuk manfaat kesihatan yang betul.
Sumber video: Coach Akmal
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.