Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA Menjadikan Seni & Kreativiti Mudah Diakses,Difahami Dan Diraikan Oleh Masyarakat

Kolaborasi thnklb© Bersama Nu Ideaktiv Sdn Bhd Untuk Memartabatkan Industri Seni Reka Bentuk Malaysia Dengan Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA

Buat pencinta seni rekaan, festival seni dan reka bentuk sememangnya dinantikan bagi melihat karya seni edisi terhad untuk dipertontonkan kepada masyarakat sejagat. Bagi meraikan luahan seni para pereka dalam seni dan reka bentuk, Kuala Lumpur Design Festival (KLDF) 2024 kembali lagi buat edisi ketiganya dalam misi memartabatkan industri seni dan reka bentuk negara.

Penganjuran bagi tahun ini memberi kelainan dengan usahasama strategik bersama Nu Ideaktiv Sdn Bhd, melalu jenama gaya hidup digital popular,Impiana. Sebagai jenama yang bermula sebagai majalah hiasan dalaman kontemporari, IMPIANA berkembang menjadi platform digital yang unggul menampilkan reka bentuk, seni bina dan dekorasi rumah. Era baharu festival ini akan membawa pendekatan yang lebih luas dan agresif dalam usaha meraikan industri seni reka bentuk negara.

Kerjasama ini juga memperkukuh misi IMPIANA untuk melangkaui hiasan rumah dan menyentuh pelbagai aspek reka bentuk, seni bina dan gaya hidup. IMPIANA, lahir daripada perkataan “impian,” menjadi simbol idea kreatif yang dihidupkan menjadi realiti. Melalui kolaborasi ini, KLDF 2024 yang dinaungi oleh thnklb© serta pengaruh kuat IMPIANA bakal menjadi platform buat pereka, arkitek, artis dan pencinta seni berkumpul dan berdiskusi tentang seni reka bentuk melalui pendekatan yang lebih menarik dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Walaupun industri seni dan reka bentuk sering dianggap sebagai sektor yang kecil, kerjasama dengan IMPIANA ini bertujuan mengubah persepsi tersebut. KLDF 2024 akan mengetengahkan tema “Everyday Design,” yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada semua dari profesional hingga pencinta seni, serta seluruh masyarakat, untuk melihat betapa pentingnya reka bentuk dan bagaimana elemennya sering ada dalam kehidupan seharian.

Nu Ideaktiv dengan strategi baharunya, “Tell Your Stories, Show Your Stories, Voice Your Stories,” akan menggunakan jenama IMPIANA untuk menyampaikan kandungan menarik merentasi pelbagai platform seperti artikel, video digital dan sosial serta audio podcast. Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka pelbagai idea reka bentuk dari inovasi rumah hingga fesyen, seni bina bandar, penyelesaian pintar dan pelbagai lagi serta memberi ruang buat pemain industri untuk melontarkan buah fikiran serta idealogi mereka tentang subjek seni reka bentuk. Fokus akan tertumpu kepada perkongsian cerita komuniti yang dapat memberi info, kesedaran serta inspirasi kepada rakyat Malaysia agar mereka melihat reka bentuk sebagai sebahagian daripada aspirasi dan gaya hidup mereka.

Kerjasama antara KLDF dan IMPIANA membawa misi besar dalam industri reka bentuk tempatan. Seperti yang dinyatakan oleh Syamil Fahim Mohamad Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, “Seni dan reka bentuk sentiasa menjadi sebahagian daripada identiti budaya Malaysia, namun pengiktirafan mereka agak terhad. Negara kita mempunyai ramai individu dengan bakat luar biasa yang layak mendapat perhatian, bukan hanya di peringkat nasional, malah di peringkat global dan kami melihat IMPIANA sebagai platform yang tepat untuk menjadi perantara bagi mengangkat kehebatan itu. IMPIANA adalah tentang merealisasikan impian, sama ada dari segi gaya hidup, rumah atau ekspresi seni. Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA adalah langkah pertama dalam usaha jangka panjang untuk membawa industri reka bentuk tempatan ke tahap yang lebih tinggi.”

Tambah beliau lagi, “Kolaborasi ini juga mencerminkan misi utama Nu Ideaktiv untuk menggunakan platform kami bagi mengetengahkan perbincangan baharu yang menarik, memangkin pemain industri dan komuniti untuk berani bersuara. Melalui KLDF 2024, kami mahu menonjolkan peranan reka bentuk dalam membentuk masa depan Malaysia, bukan sahaja dari segi estetika, tetapi juga sosial, budaya, dan ekonomi.”

Sorotan Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA:

Bermula dari 17 hingga 27 Oktober 2024, KLDF 2024 bakal menyediakan pelbagai acara menarik untuk profesional industri dan orang ramai. Antara acara utama termasuk:

  • Impiana KL Design Fair: Menampilkan produk inovatif dari jenama tempatan dan antarabangsa, ruang ini menjadi syurga bagi peminat reka bentuk untuk mencari inspirasi dan koleksi unik.

  • Persidangan & Forum: Mengumpulkan minda terbaik Malaysia dalam reka bentuk, seni bina dan inovasi, berkongsi pandangan tentang bagaimana reka bentuk yang baik memberi kesan kepada kehidupan seharian.
  • Orkestra Kuala Lumpur: Malam mempesonakan dengan persembahan muzik secara langsung yang menunjukkan bagaimana seni dan reka bentuk melangkaui media visual untuk mencipta pengalaman yang mencipta magis.
  • Pemasangan Interaktif: Pameran interaktif yang membolehkan pengunjung berinteraksi dengan elemen reka bentuk dengan cara yang baru dan menarik.

Festival ini turut mendapat sokongan pemain utama industri seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta dijangka membawa impak besar bukan sahaja kepada komuniti reka bentuk tempatan malah di peringkat serantau.

Masa depan cerah untuk Seni dan Reka Bentuk Malaysia terus menempatkan diri sebagai hub reka bentuk, Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA dijangka menjadi acara penting yang akan memacu industri kreatif negara ke hadapan. Kerjasama antara thnklb© dan IMPIANA ini membuka lembaran baharu untuk dunia seni reka bentuk lokal, di mana impian untuk memberi nafas kreativiti kini semakin hampir untuk direalisasikan. Melalui kuasa reka bentuk, Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA bakal menjadikan seni dan kreativiti sesuatu yang boleh diakses, difahami dan diraikan oleh semua lapisan masyarakat.

Memetik kata-kata daripada Kurator Bersama KLDF. Nizar Musa, “Mudah untuk kita terlepas pandang mengenai kepentingan seni reka bentuk dalam kehidupan seharian. Kami berharap KLDF dapat menjadi medium perbincangan yang lebih terbuka tentang apa yang membuatkan seni reka bentuk itu hebat serta menonjolkan nilai dan sumbangannya kepada cara hidup masyarakat serta ekonomi Malaysia.”

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai KLDF 2024, layari Laman Web Rasmi: https://kldesignfestival.com/

Media Sosial:https://www.instagram.com/kldesignfestival/

Tarikh: 17 – 27 Oktober 2024

Lokasi:

  1. Royale Chulan KL,
  2. REXKL,
  3. Pasar Seni,
  4. Malaysia Design Archive @ Bangunan Zhongshan,
  5. Auditorium DBKL,
  6. Perpustakaan KL / SDG Center

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply