Pilih Taiwan Untuk Bercuti, Wanita Ini Kongsi Tempat Cantik dan Makan Best Kat Sana!

Ada plan nak bercuti ke negara orang, Taiwan adalah salah satu pilihan tepat untuk anda merasa tempat menarik.

Nak tahu apa yang best di sana, jom baca pengalaman Puan Jaytea Abdul sepanjang dia ke Taiwan. Katanya memang sangat-sangat underrated!

Percutian ke Taiwan

Jadi anda yang masih mencari temnpat percutian best akhir tahun, mungkin boleh ke Taiwan pula. Letak tepi kejap Korea. Taiwan tak kurang hebatnya, okay. Cuma yang memang cari salji, boleh skip Taiwan. Kami pergi masa winter pun paling sejuk it could get was 14 degree celcius.

Pemandangan dari tingkap bilik dekat Hualien. Jauh macam ni pun dah cantik imagine kalau pergi dekat-dekat sana. Pemandangan dari tingkap bilik dekat Hualien. Jauh macam ni pun dah cantik imagine kalau pergi dekat-dekat sana.

Qingshui Cliff, Taroko Gorge

Our highlight of the trip masa pergi Hualien, Taroko Gorge National Park, The Flying Cow Ranch, Miaoli and pergi kelas baking tart nenas dekat Taipei. Jadi basically semua tempat pun highlights of the trip.

Shakadang Trail, Taroko Gorge

Taroko Gorge sangat cantik. Sungai color emerald green, pemandangan gunung-ganang cantik.

View from Buluowan Suspension Bridge, Taroko Gorge

Selain itu, Jiufen, Shifen dengan Yehliu Geopark pun cantik. Tapi touristy sangat. Bila dah tengok waterfall cantik dengan Taroko, tengok Shifen waterfall tu rasa biasa-biasa sahaja tapi it was still a fun visit!

Marbles of Nine Tunnels, Taroko Gorge

Cantik betul hijau emerald sungai ni.

Yehliu Geopark

Yehliu Geopark

Train, Shifen Oldstreet

Ximending, Taipei

Xing Fu Tang! We suggest beli masa siang tak ada orang beratur. Bila malam je tu dia beratur ramai gila tapi servis cepat sangat so okay.

Halal Icecream peanut roll, Jiufen Oldstreet.

Jiufen Oldstreet

Jiufen Oldstreet

Almost 300 tangga kena daki/turun dekat Joufen. Tapi kami naik bas je masa naik. So we paid 15NT by easycard. Turun memang no other way, kena turun tangga.

Orangnya Sangat Peramah

Orang Taiwan sangat-sangat friendly. Bak kata Chinese Malaysian yang kami terserempak masa dekat Taroko yang dah repeat Taiwan 5 kali, friendliness itu memang culture orang Taiwan. Not even once ye kitaorang kena pandang pelik-pelik, kena marah ke. Kalau tak tahu Mandarin, diaorang sangat extra keluarkan phone dan guna google translate.

Ximending, Taipei. Vibes ala-ala Myeongdong, South Korea. Tapi lebih chill and relax.

Taipei 101 view from Marimar Ferriswheel.

Cherry Grandfather, tempat kitaorang borong kuih as souvenir. Banyak pilihan halal. A bit pricey daripada kedai lain tapi pilihan halal lebih banyak jadi lebih mudah lah untuk crash course shopping.

Kan dah cakap borong tart nenas dengan nougat je buat souvenir

Tandas Bersih

Rezeki kami dapat travel naik train jarak jauh coach baru. Toilet bersih berkilat, seat pun luas dan selesa. Ada sekali naik train lama, toilet cangkung tapi tak ada lah kotor. Basically okay sangat selesa.

Tengok toilet sangat-sangat accessible dan bersih! Almost semua toilet kami pergi bersih dan kering, tak ada bau pun even dekat taman awam. Cuma macam biasa, tak ada bidet so bawalah botol atau portable bidet sendiri.

Soal Makanan Halal dan Sedap

Makanan halal tak ada lah senang tapi tak juga susah nak cari. Saya stay nearby halal eatery, jadi selalunya memang dah plan siap-siap beli makanan extra untuk lunch dinner sekali. Paling-paling pun kami makan sweet potato rebus beli dekat 7eleven.

Dekat Main Taipei, sepanjang Exit Y20-26 tu ada Little Jakarta. Banyak kedai halal indonesia. Tapi kena cek waktu kedai-kedai ni buka sebab hidup dekat Taipei laid-back. Selalunya kedai buka pukul 11.30am sampai 6pm sahaja.

Our breakfast. Mantao sedap!

Scallion pancakes di Chang Beef Noodle

Dumplings di Halal Chang Beef Noodle

Chang Beef Noodle. Halal. I recommend stay dekat area kedai ni. Tapi kena alert dengan timing operating hours. Isnin tutup.

Chicken Master! Dia mcm ayam shihlin tu tapi halal. Of course lah kitaorg beli nasi siap beli extra buat makan malam terus.

Ini antara makanan menarik yang boleh dapat di sana, macam-macam pilihan boleh dapat.

Sempat Buat Baking Class

Dekat Taipei, kitaorang join another baking class. This time buat tart nenas! Dia ajar daripada adun dough, bakar, packaging semua.

Each of us dapat 10 ketul tart nenas.

We had fun!

The final product boleh bawa balik! 1 biji lagi dah siap ngap!

Cottage selesa and cantik, malam-malam disediakan activity DIY which kitaorang punya dapat baking class buat macaroons.

DIY activity baking macaroons di Flying Cow Ranch. Free je termasuk dalam package.

The end products. Dah siap boleh bawa balik semua ni.

Lawat Kawasan Tenang di Ladang

The Flying Cow Ranch. Kitaorang nak rasa pengalaman farm tourism.

Flying Cow Ranch tu is one of the top farm tourism Taiwan. Kawasan besar sangat dan kena jalan kaki most of time tapi cantik kiri kanan depan belakang.

Besar tempat dia kena kumpul tenaga nak jalan from point to point tapi view cantik and suhu sejuk nyaman

Esok pagi seawal 7 pagi dah tengok lembu nak hand-milk lembu-lembu. Ada kambing boleh feed, butterfly farm, ducks.

View di Flying Cow Ranch.

Flying Cow Ranch

The trekking di Flying Cow Ranch

Specialnya tempat ini, sarapan boleh request halal food. Kitchen, pinggan halal separate dgn lain. Makanan dekat sini mostly dibuat daripada susu lembu-lembu from their own farm. Even shower gel from susu lembu situ. We had so much fun jugak dekat sini. Rugi rasa tidur semalam sahaja.

Body shampoo special made from their own cow milk.

Kandang kambing di Flying Cow Ranch.

Dari bandar ke tempat ladang, nampaknya semua menarik! Jadi, jomlah kita merasa pergi ke Taiwan pula. Pasti tak menyesal!

Nota: Ada banyak tempat kena jalan kaki especially taman negara. Some tempat memang tak recommended untuk kanak-kanak dengan orang tua.

Tetapi, mereka tetap boleh enjoy the view from the waiting/parking area. Still enjoyable!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply