Jemput-jemput kalau dah siap inti dalamnya, tak payah nak cicah apa-apa dah. Seperti jemput atau cucur istimewa hasil perkongsian dari Zaky Mat Ali. Dalamnya inti sambal ikan selayang popular di Terengganu dan negeri Pantai Timur yang lain. Dapat ikan segar memang super sedap.
Jemput sambal Terengganu
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm tepung pulut – beli online DI SINI
- 80 gm tepung gandum – beli online DI SINI
- 5 sudu kelapa parut
- 1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
- Air secukupnya
Cara memasak
1. Campur semua bahan dan uli sehingga sebati.
2. Masukkan sambal dan bentukkan menjadi bulat
Selesai adunan dibentuk bolehlah digoreng hingga keperangan.
Cara buat sambal ikan
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ikan selayang
- 200ml santan – beli online DI SINI
- 5 biji bawang merah – beli online DI SINI
- 2 inci halia – beli online DI SINI
- 1 hiris asam keping – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus, asingkan tulang dan isi ikan ditumbuk.
2. Bawang dan halia dihiris.
3. Campur semua bahan dan masak sehingga sambal kering
Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.