Ketika Ambil Wuduk Niatkan Dalam Hati Permintaan Ini Kepada Allah

Hukum berwuduk sebelum solat adalah wajib atau jika dalam darurat kita dibolehkan bertayamum. Secara ringkasnya, wuduk bermaksud kebaikan dan kebersihan.

Dalam rutin harian berwuduk, kita menggunakan air mutlak iaitu air suci lagi menyucikan. Sebelum air terkena pada wajah, kita perlu lafazkan niat berwuduk sebagai syarat utama sah wuduk.

Betapa besarnya keutamaan wuduk, kita dibolehkan mengambil keberkatan berwuduk dengan membaca niat-niat istimewa yang dilafazkan dalam hati tatkala kita ingin membasahi setiap anggota yang wajib terkena air wuduk.

Nak tahu apakah lafaz niat-niat itu? Kita mulakan dengan pengetahuan asas iaitu cara mengambil wuduk yang betul.

Cara Ambil Wuduk Yang Betul Dan Digalakkan:

  1. Mengadap Kiblat

  2. Membaca Basmallah

  3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan sebanyak tiga kali dengan menyelati setiap jari sambil berdoa

Lafaz niat:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebahagiaan dan keberkatan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sebarang kemalangan dan kebinasaan’

  1. Berkumur-kumur sebanyak tiga kali sambil berdoa di dalam hati

Lafaz niat:
“Ya Allah, bantulah aku dalam usaha membaca kitabMu dan banyak berzikir mengingatiMu. Kukuhkanlah aku dengan kata-kata yang kukuh di dunia dan di akhirat”

  1. Istinsyaq : Iaitu membersihkan lubang hidung dengan cara menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya

Perbuatan ini dilakukan sebanyak tiga kali sambil berdoa:
Lafaz niat:
Ya Allah, ciumkanlah aku dengan bauan syurga dan Engkau redha kepadaku”

Ketika mengeluarkan air berdoa pula dengan doa ini:
Lafaz niat:
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada menghidu bauan neraka dan seburuk-buruk tempat tinggal”

  1. Membasuh muka sebanyak tiga kali dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

Basuhan dimulakan pada bahagian dahi dan turun perlahan-lahan ke anak telinga, hidung dan dagu.

Lafaz niat WUDUK sebelum air mengenai muka (lafaz niat ini adalah WAJIB):
Sahaja aku mengambil wuduk fardu atasku kerana Allah Taala”

Apabila air mengenai muka, mulakan berniat dalam hati dan membaca doa:

Lafaz niat:
“Ya Allah, putihkan mukaku dengan nurMu pada hari putihnya muka para waliMu dan jangan hitamkan mukaku sepertimana Engkau gelapkan muka musuh-musuhMu”

  1. Membasuh kedua-dua tangan hingga melebihi had siku sebanyak tiga kali

Mulakan dengan tangan kanan, dari jari hingga ke siku sambil berdoa:
Lafaz niat:
Ya Allah, berilah catatan amalan dari sebelah kananku dan hisablah aku dengan mudah”

Perkara yang sama dilakukan pada tangan kiri sambil berdoa.
Lafaz niat:
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu supaya janganlah Engkau berikan catatan amalanku dari sebelah kiriku atau dari sebelah belakangku”

  1. Menyapu sebahagian ubun-ubun atau keseluruhan kepala sambil berdoa:

Lafaz niat:
“Ya Allah lindungi daku dengan rahmatMu dan limpahi daku keberkatanMu. Dan masukkan daku di bawah naungan ArasyMu pada hari tiada perlindungan kecuali perlindunganMu sahaja. Ya Allah, haramkan rambutku dan kulitku daripada api neraka”

  1. Membasuh kedua-dua telinga luar dan dalam sebanyak tiga kali

Cara membasuh dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang telinga dan ibu jari diletakkan di belakang telinga, kemudian ditolak ke atas.
Doa yang elok dibaca ketika ini:
“Ya Allah, jadikan aku daripada kalangan orang yang mendengar peringatan lalu mengikutinya. Ya Allah dengarkanlah kepadaku seruan syurga bersama-sama orang yang baik”

  1. Membasuh kaki hingga ke buku lali atau lebih, sebanyak tiga kali

Basuhan dimulakan dengan kaki kanan sambil menyelati jari-jari kaki.

Lafaz niat:
Ya Allah, tetaplah dua kakiku di atas Titian Mustaqim pada hari tergelincir kaki-kaki lalu jatuh ke dalam neraka”

Lafaz niat:
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada tergelincir kakiku di atas Titian Mustaqim ke dalam neraka pada hari tergelincir kaki orang munafik”

  1. Membaca doa selepas wuduk

Selepas selesai mengambil wudhu, disunatkan untuk membaca doa berikut:

Asy-hadu alla ilaha illallahu wahdahu lasyarikalah,
wa-asy-hadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh.
Allahummaj’aini minat tauwabin
waj’aini minal mutatahhirin
waj’alni min ‘ibadikas-solihin.

Maksudnya:
Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.

Walaubagaimapun, andai kita tidak membaca doa di atas, wuduk tetap sah.

Sumber artikel: Wuduk

Comments

Leave a Reply