Tak Perlu Solekan Tebal Pun, Tip Ini Buat Wajah Nampak Lebih Manis

Wanita tak perlu solekan tebal pun nak nampak cantik manis, cukup dengan menggunakan teknik yang betul, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Okay kali ini ada lapan tip solekan yang bantu buat wajah anda kelihatan glowing semula jadi sepanjang hari.

1. Pilih bedak asas yang sesuai

Warna bedak asas dan concealer yang sepadan dengan tona kulit anda bukan sahaja akan menyembunyikan cela, tetapi membuatkan wajah kelihatan polos.

2. Blend solekan dengan sekata

Tiada masalah sama ada anda ingin menggunakan berus solekan atau beauty blenders, apa yang paling penting adalah anda blend solekan dengan sekata untuk elak wajah jadi bercapuk!

3. Strobing

Pastikan anda berhati-hati ketika melakukan strobing atau highlight pada wajah supaya tidak kelihatan lucu.

Anda mahu kelihatan glowing, bukannya memberikan pantulan cahaya kepada mereka yang memandang.

4. Rapikan kening

Bulu kening adalah salah satu elemen penting yang menyerlahkan lagi keanggunan wajah seseorang wanita.

Rapikan kening mengikut gaya yang sesuai dengan bentuk wajah anda!

@aina.suhana Tutorial lukis kening paling mudah! Save video ni cepat tau❤️ #KongsiTips #KongsiBersama #tutorialeyebrow #eyebrowtutorial #sacelady ♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

5. Solekan mata ringkas

Nak keluar ke mana pun, anda perlu kelihatan ringkas tetapi wajah berseri-seri.

Jadi, elemen penting untuk mendapatkan mata yang bercahaya adalah memiliki bulu mata yang tebal dan lentik, tetapi dalam masa sama tidak overdo!

Ingat, anda ingin kelihatan semula jadi. Maka, tidak perlu beriya sehingga memakai bulu mata palsu. Oleskan maskara sudah mencukupi.

6. Pemerah pipi

Jangan gunakan teknik contouring pada hari raya jika anda enggan kelihatan seperti menghadiri majlis anugerah atau makan malam tahunan.

Cukup sekadar mengenakan pemerah pipi dan sedikit sentuhan bronzer untuk menyerlahkan keserian pada wajah.

7. Sental bibir

Sebelum mengenakan gincu, anda harus menyental bibir secara lembut dan menggunakan balsam bibir terlebih dahulu.

Barulah gincu di bibir akan tahan lebih lama dan nampak lebih cantik ketika dipakai.

8. Gincu

Elak daripada menggunakan gincu merah atau warna-warna terang, sebaliknya pilih warna nude yang sepadan dengan tona kulit anda.

Bukan sahaja membuatkan solekan anda kelihatan terletak, tetapi juga nampak glowing semula jadi.

Kredit video: aina.suhana


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply