Pesan Dato’ Azizulhasni Awang, Gunakan Romantik Pada Tempat dan Waktu Yang Betul

Pesan Dato’ Azizulhasni Awang, bila sudah berumah tangga, suami kena guna romantik pada tempat dan waktu yang betul. Bukan buat setiap masa dan tayang sana sini.

Maklumlah, zaman sekarang semua orang post di medsos. Nak buat kenangan katanya, namun betul ke tindakan ini?

Okay jemput baca perkongsian dan padangan “The Pocket Rocketman” ini berkenaan hubungan suami isteri yang sebaiknya.

Pesan Dato’ Azizulhasni Awang

Sejujurnya saya ini bukanlah romantik mana pun. Kalau nak ikutkan, saya ini komando punya style. Tegas, keras dan hati kering. Pada kebanyakan masa saya cuba juga untuk imbangkan dengan kelembutan dan tolak ansur terutamanya bila dengan anak-anak. Akan tetapi ada juga waktunya bila mana komando tu terlebih-lebih isipadunya.

Isteri saya ni selalu juga cakap nak itu nak ini, bagi macam-macam hint sampaikan dia selalu juga cakap saya ni tak romantik. Saya pekakkan telinga je lah bila kena sound macam tu. Sebab orang lelaki kan penyabar dan lebih bijak.

Seperti acara Keirin, kita kena ada perancangan yang teliti dan penuh dengan taktik untuk menewaskan pihak lawan. Jadi, dalam soal ini, pada percaturan saya, kalau kita selalu sangat over romantik, effect dia akan berkurangan. Tak payah pergi jauhlah, dalam penulisan pun tanda seru (!) hanya digunakan pada waktu yang tertentu sahaja. Kalau! Kita! Guna! Terlalu! Kerap! Dia! Akan! Jadi! Sakit! Kepala! Pulak! Kan?!

Walaubagaimanapun, we have to give credit when it’s due. Bila sampai waktu dan ketikanya, baru lah saya melakukan henjutan. Bagi saya, it’s all about timing. Bila henjutan dilakukan tepat pada waktunya, pihak lawan tidak dapat mengejar dan tidak sempat untuk memotong kita di garisan penamat, terus kita menjadi pemenang. Faham? Tak faham juga ke?

Guna dan Keluarkan Pada Waktu yang Tepat

Baik, bila sampai waktu dan ketikanya, saya akan keluarkan sifat romantis tu. Bukan tak ada, tetapi orang lelaki ni lebih gemar simpan romantik dia dekat hempedu. Bila romantik itu digunakan pada tempat dan waktu yang betul, maka effect dia akan jadi berganda-berganda. Barulah hati si isteri berbunga-bunga. Senyum pun sampai ke telinga. Percayalah nanti si isteri mesti akan bagi ungkapan “romantik juga you ni erk”. Tips saya, bagi jelingan maut, sengetkan sebelah je mulut dan jawab “I malas nak tunjuk je” sambil angkat kening dua kali.

Akan tetapi ada beda antara romantik dan kewajipan. Romantik tu benda yang si suami boleh play around ikut citarasa. Tetapi kewajipan adalah benda yang telah termaktub dalam hukum. Satu lagi perkara yang penting saya nak kongsi berdasarkan pengalaman peribadi sendiri. Kita ni janganlah nak berkira sangat dengan isteri. Insan yang jaga makan minum kita, mendidik dan besarkan anak-anak kita dan sebagainya. Kalau kita buat semua ini kerana mencari keredhaan Allah swt, nescaya Allah akan melimpahkan dengan pelbagai kebaikan di dunia dan akhirat.

Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah 261).

Sumber: Dato’ Azizulhasni Awang


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply