Promosi Akhir Tahun Audi Malaysia – 10 Model Elektrik dan ICE

Audi Malaysia, di bawah pengedar rasmi PHS Automotive Malaysia (PHSAM). Mengumumkan promosi akhir tahun bagi sepuluh model Audi yang merangkumi kenderaan elektrik (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE). 

Promosi ini berlangsung dari 1 Oktober hingga penghujung tahun 2024, dengan tawaran menarik untuk mereka yang ingin melabur dalam kenderaan mewah dan berteknologi tinggi.

Dengan harga bermula dari RM378,990, ini adalah peluang terbaik bagi mereka yang ingin memiliki model premium Audi seperti Audi e-tron. Model yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi canggih, keselesaan yang luar biasa, dan prestasi menakjubkan.

1. Audi e-tron GT Dynamic Package

Model ini ditawarkan pada harga RM399,990, menampilkan prestasi yang mengagumkan dengan kuasa 476 PS dan bateri 93 kWj. Ia memberi jarak pemanduan sehingga 502 km. Pakej dinamik ini turut menyertakan roda aerodinamik 5 jejari hitam 20 inci. Lampu hadapan LED Matrix dengan lampu laser, serta lampu belakang LED yang menambahkan elemen estetik yang menawan.

Dynamic photo,
Colour: Bedford green metallic

2. Audi RS e-tron GT

Model ini mewakili aras tertinggi dalam kategori EV prestasi, dengan 646 PS (mod boost) dan 830 Nm tork. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 3.3 saat dan menawarkan jarak gerak sehingga 496 km. Ciri-ciri tambahan seperti bumbung karbon dan roda aloi cekung hitam 21 inci menambah keistimewaan pada model ini. Harga bermula dari RM499,990.

3. Audi Q8 e-tron 50 (Sportback)

Model ini menggabungkan keanggunan coupé dengan praktikaliti SUV. Ia menghasilkan 340 PS dengan jarak gerak sehingga 594 km dan pecutan dari 0-100 km/j dalam 6.0 saat. Suspensi udara adaptif serta dalaman mewah dengan upholsteri kulit turut menjadi sebahagian daripada tawaran pada harga RM384,990.

4. Audi Q8 e-tron 50 (SUV)

Model SUV ini hadir dengan kuasa 340 PS, jarak gerak 571 km, dan pecutan 0-100 km/j dalam 6.0 saat. Seperti model Sportback, ia juga menampilkan suspensi udara adaptif dan ruang dalaman yang luas dan mewah. Harga bermula dari RM378,990.

5. Audi Q8 e-tron 55 (Sportback)

Dengan 408 PS dan 664 Nm tork, model ini menawarkan jarak pemanduan 594 km serta pecutan 0-100 km/j dalam 5.6 saat. Ia juga dilengkapi dengan bateri 114 kWj yang lebih besar serta cermin sisi maya yang termaju. Harga bermula dari RM429,990.

6. Audi Q8 e-tron 55 (SUV)

Model SUV ini turut memberikan 408 PS dan jarak gerak 594 km dengan masa pecutan 5.6 saat. Seperti versi Sportback, ia mempunyai suspensi udara adaptif dan cermin sisi maya. Harga bermula dari RM419,990.

7. Audi Q5 Sportback S Line (ICE)

Model ini menampilkan enjin quattro 2.0 TFSI yang menghasilkan pemanduan dinamik dengan pacuan semua roda quattro. Reka bentuk coupé SUV ini turut dilengkapi dengan lampu depan LED dan roda aloi 20 inci. Harga bermula dari RM413,990.

8. Audi RS 3 Sedan

Model kompak berprestasi tinggi ini menggunakan enjin TFSI 2.5 liter yang menghasilkan 400 PS dan 500 Nm tork. Ia menawarkan pemanduan yang responsif dan reka bentuk khusus RS dengan teknologi terkini. Harga bermula dari RM499,990.

9. Audi RS 4 Avant

Menggabungkan prestasi tinggi dengan praktikaliti, model ini dilengkapi enjin 2.9 liter V6 TFSI yang menghasilkan 450 PS. Ia sesuai untuk keluarga yang mahukan kenderaan yang berprestasi tinggi. Harga bermula dari RM699,990.

10. Audi RSQ8 S Line

SUV coupé paling berkuasa daripada Audi, dengan 600 PS dan pecutan 0-100 km/j dalam 3.8 saat. Model ini menawarkan gabungan reka bentuk sporty dan prestasi luar biasa pada harga RM1,400,000.

Pakej Jaminan Audi

Semua model Audi ini hadir dengan Pakej Jaminan Audi (AAP) yang menawarkan jaminan selama 5 tahun, penyelenggaraan percuma selama 3 tahun pertama, dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun. Bagi model e-tron, sistem bateri dilindungi oleh waranti 8 tahun atau 160,000 km.

Untuk maklumat lanjut, layari www.audi.com.my atau kunjungi pusat Audi terdekat untuk memanfaatkan promosi hebat ini!

Dari Careta

Baca Juga Audi Bina Kereta 1930’an Pada Tahun 2024

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply