Suami Isteri Bila Sudah Tidak Serasi, Berpisahlah, Jika Itu Jalan Yang Terbaik

Suami isteri bila sudah tidak serasi, berpisahlah, jika itu jalan yang terbaik. Perkahwinan adalah sebuah ikatan suci yang diharap berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun, tidak semua perhubungan dapat bertahan seperti yang diimpikan.

Suami Isteri Bila Sudah Tidak Serasi

Perkahwinan yang sihat dan bahagia memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. Apabila suami dan isteri tidak lagi mampu berkomunikasi dengan baik, rasa cinta makin terhakis, atau keserasian semakin hilang, kehidupan berumahtangga akan menjadi tidak harmoni. Ini boleh menjejaskan kesejahteraan mental, emosi, dan fizikal suami isteri serta anak-anak jika ada.

Dalam kehidupan berumah tangga, ada kalanya suami dan isteri berhadapan dengan situasi di mana hati sudah tidak serasi. Hubungan yang dahulunya penuh cinta, hormat, dan kasih sayang kini bertukar menjadi dingin, penuh perbalahan dan kekecewaan. Dalam situasi seperti ini, perpisahan mungkin menjadi jalan terbaik.

Setelah lama bertahan dan bila hati sudah tak serasi, maka mak,ayah berpisahlah jika tu yang terbaik. Bukan mudah mempertahankan hubungan bila salah seorang tiada lagi hati, jadi noktahkan saja yang terbaik.

Berpisahlah, Jika Itu Jalan Yang Terbaik

Sememangnya bukan untuk menggalakkan mak,ayah untuk berpisah tetapi jika tiada manisnya rumah tangga, maka akurlah dengan perpisahan. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam apa yang cuba disampaikan.

Bila hati sudah tak serasi, jiwa sudah tak sehaluan dan akal sudah tak sefahaman…

Maka berpisahlah dengan baik…

Adakalanya kita perlu letak satu noktah untuk sesuatu perkara itu di mana kita tak boleh paksa lagi diri dan hati untuk meneruskan sesuatu yang sudah tak boleh untuk diteruskan…

Sudah tak mampu lagi hendak bersabar, dah tak mampu lagi nak hadap dan sudah tak mampu lagi nak hidup bersama…

Bila Hati Sudah Tak Serasi

Asyik bergaduh, asyik bertengkar, asyik berperang…

Duduk berbincang dan capai satu persetujuan bersama iaitu berpisah merupakan jalan yang terbaik untuk hubungan itu…

Jangan menyimpan pasangan dengan tujuan untuk menyeksa dirinya… Kalau sudah tak mampu bagi dia bahagia, maka jangan buat dia derita…

Mudah…

Bagi kerjasama, hadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan… Bila hakim tanya, jawab baik-baik dan lafazkan seperti yang diminta…

Lepas keluar mahkamah, maafkan diri masing-masing tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak… Then boleh mulakan hidup masing-masing…

Maka Berpisahlah Jika Itu Yang Terbaik

Nak kembali buat perangai bujang, boleh dah… Nak berkahwin dengan skandal, pun boleh dah…

Kalau berkawan dengan siapa-siapa pun, tak dipanggil curang dah… Nak buat apa yang tak boleh buat ketika dalam alam perkahwinan, semua sudah boleh buat dah sekarang…

Kita tak menipu siapa-siapa, kita tak aniaya sesiapa, kita tak abai siapa-siapa… Hanya kita dan diri kita sahaja…

Posting ini bukan menggalakkan perpisahan, tapi sekiranya rumah tangga itu dah tak boleh diselamatkan, dah tak nampak arah tujuan, dah tak ada kebaikan untuk diteruskan, maka berpisahlah dengan cara yang baik…

Bagi kerjasama untuk hadir melafazkan talak di mahkamah… Banyak kes digantung tak bertali di mahkamah sebab bila tarikh sebutan kes dibaca, pasangan tak nak hadir…

Bila tak hadir, proses berpisah tak boleh dilaksanakan. Dan ada pihak yang terseksa dengan situasi begini.

Sumber: Firdaus Shakirin

Baca artikel lain juga: Harith Iskander & Dr Jezamine Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak, Berpisah Tapi Hubungan Tetap Baik

Bila Sudah Bercerai, Bekas Suami, Isteri Jangan Cerita Keburukan Pasangan

Wanita Buat Laporan Polis Bila Ibu Mentua Antivaksin Beri Anak Demam Makan Madu, Nak Bercerai Dengan Suami

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply