Terpikat dengan pesona dan kecantikan yang dimiliki Asha Merican. Melihat raut wajah dan penampilan dirinya jelas terserlah sisi penuh kelembutan pelakon wanita yang kian meningkat naik ini. Tak hairanlah, Harris Annuar ‘jatuh cinta’ dengan peribadi Asha!
Ibu muda ini genap berusia 27 tahun pada 27 Ogos lepas. Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan Asha merupakan seorang model peragaan dan terlibat menjayakan beberapa produk iklan komersial di saluran Go Shop.
Asha Merican juga dikhabarkan pernah menjadi Astro On Air Talent iaitu sebuah platform mempelajari seni lakonan, pengacaraan dan vokal selama enam bulan dengan khidmat bimbingan Datuk Aznil Nawawi.
Selamat bergelar ibu pada 26 Mac 2023, suri hati Harris Annuar ini kembali aktif berlakon selepas melahirkan anak dan membintangi drama di kaca televisyen menerusi lakonan hebatnya dalam Pengantin Pasti Jadi.
Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama berkenaan ialah Ali Reza dan Lana Nodin.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, Asha sah bergelar isteri kepada Harris Annuar yang juga anak kepada usahawan ternama Zaiton Hassan atau dikenali sebagai Kak Ton pada tanggal 11 Jun 2022.
View this post on Instagram
Pasangan ini nekad disatukan selepas empat tahun menjalin hubungan istimewa. Harris yang juga pelakon merupakan peserta Hero Remaja 2017/2018 dan adik kepada pengacara jelita, Nadia Annuar.
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua tahun, Asha dan Harris dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Aura Medina. Makin menginjak usia, Medina kelihatan makin iras wajah bapa tersayang!
Sepanjang pembabitan Asha Merican dalam industri seni kira-kira lima tahun lalu dia pernah membintangi beberapa drama popular antaranya The Hotel, Rindu Yang Terlarang dan Cik Ayu Mee Sanggul.
Semoga rumah tangga Asha dan Harris kekal bahagia sampai ke syurga.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.