Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekali lagi tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi 2025.
Dalam hantaran yang tular di aplikasi X, penyanyi lagu popular Kau Kekasihku itu telah mengekalkan kedudukannya dalam senarai Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi kategori seni dan budaya selama 10 tahun berturut-turut sejak 2016.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dilabel ‘Artis Tiada Job’ Hanya Sebab Kerap Buat Live, Asyraf Khalid Tampil Pertahankan Ibu Tiri -“Tahun Ini Saja…”
Bersyukur atas penghargaan tersebut, Siti menyifatkan pencapaian tersebut selari dengan usahanya membantu rakyat Palestin yang berkait rapat dengan Yayasan Nurjiwa.
“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan terharu untuk tersenarai dalam Top 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Itu satu penghargaan atas apa yang saya lakukan untuk agama juga.
“Walaupun kategori itu untuk anak seni tapi itu juga bersangkut paut dengan Yayasan Nurjiwa yang saya dan suami usahakan sehabis baik untuk mereka di Gaza, Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terfikir Nak Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni” -Siti Nurhaliza
“Rakyat Malaysia juga yang terkesan dengan bencana alam. Saya lebih memikirkan ke arah itu,” katanya di sidang media konsert The Journey of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Berkata kepada Remaja lagi, Siti memberitahu pengiktirafan berkenaan menyuntik semangatnya untuk terus membantu rakyat Palestin dan golongan yang memerlukan.
“Saya ada tanggungjawab di sana, saya masih ada anak angkat di sana. Malah, pasukan yayasan kami juga ada di sana untuk agihkan bantuan.
“Saya selalu berdoa agar pasukan saya terselamat daripada apa-apa yang berlaku di sana supaya kami dapat terus menyalurkan bantuan kepada mereka,” jelasnya lagi.
Berdasarkan catatan buku yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan, Siti turut tersenarai bersama individu berpengaruh lain, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain ibu kepada dua cahaya mata itu, penyanyi Hafiz Hamidun juga tersenarai dalam pengiktirafan tersebut bagi kategori yang sama untuk mewakili Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram CTDK
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.