Joey Daud dan Watie Sadali Jarang Bergaduh, Ada Masalah Terus Selesaikan

Bahagia melihat pelakon, Joey Daud dan Watie Sadali saat mengenang kembali moment sewaktu pertama kali keluar berdua bersama isterinya menerusi satu sesi temu bual bersama penyampai radio Molek FM iaitu DJ Nazz dan Qila.

Joey Daud dan Watie Sadali Waktu Awal Perkenalan

Menerusi perkongsian tersebut, Joey mendedahkan dirinya yang mula mengajak Watie untuk keluar makan sewaktu mereka menjalani sesi penggambaran bersama pada ketika itu.

“Mulanya, saya yang mengurat Watie, waktu itu kebetulan kami ada ‘shooting’ bersama.

“Bila nak gerak balik (shooting), saya buat-buat tanya, ‘Nak balik ke? Nak makan? Jomlah makan’.

“Saya ‘direct’ begitu ja,” kongsinya.

Tambah Joey, dia sudah mula merasakan ada sesuatu yang istimewa antara mereka sepanjang berbual Watie.

Bagaimanapun, Joey memaklumkan mempunyai perasaan ragu-ragu kerana Watie menunjukkan sikap ‘jual mahal’ kepadanya.

Bila pergi makan itu, borak punya borak dalam hati macam, ‘Eh syok lah dia ini’.

Perbualan itu macam best tau, bila lama-lama saya rasa macam lain. Tapi dia ‘kerek’, jual mahal dengan saya.

Jadi saya ada macam ragu-ragu sebab dia waktu itu macam ‘jinak-jinak merpati’ sebab macam saya cakap, dia ‘kerek’.

Jarang Bergaduh

Sementara itu, pelakon berusia 50 tahun berkongsi bahawa dia dan Watie jarang bergaduh sejak mendirikan rumah tangga.

Menurut Joey, dia merupakan seorang individu yang tidak suka gaduh berpanjangan dengan pasangannya.

“Watie ini tak garang pun, saya dengan dia nak bergaduh pun susah tau.

“Kadang-kadang kita sampai berbincang, ‘Jom lah gaduh. Kita ‘create’ nak gaduh apa’.

“Kalau gaduh pun macam kelakar sebab bila gaduh ja kita akan gelak.

“Saya pula jenis tak suka sesuatu itu jadi panjang, bila gaduh ja saya akan cari jalan nak selesaikan cepat,” ceritanya lagi.

@molekfm Baru tahu gano abe Joey ngorat kak Watie kito 🥹 Ala biasa la bang @Mr Jowa ore tino ni awal awal keno lah jual mahal 😆 narak nok mudoh mudoh kei Watie 😝 #MolekFM #MolekPagi #djnazzqila #PantaiTimur #GuPantaiTimur ♬ original sound – Molek FM

Sekadar info, Joey dan Watie mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 lalu.

Sumber: TikTok Molek FM


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply