Diabetes ketika hamil, ramai ibu-ibu pernah mengalaminya. Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat berkongsi cara untuk mengawal dan mencegah penyakit yang semakin ramai penghidapnya.
Dahulu penyakit diabetes banyak dihidapi oleh orang tua atau mereka yang ada faktor genetik penyakit ini. Kini sesiapa sahaja boleh menghidapnya terutama di kalangan ibu hamil dan kanak-kanak. Selain faktor genetik, penyakit ini sering dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat.
Diabetes Ketika Hamil
Berikut nasihat yang dikongsi oleh Dr Hamid Arshat mengenai cara untuk mencegah daripada mendapat diabetes dan mengawalnya jika sudah menghidapinya.
1.Lebih kurang 18 % penduduk Malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan boleh jadi pesakit diabetes jika tidak mengambil langkah-langkahmencegah.
Seseorang disahkan menghidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula, justeru digelar penyakit kencing manis.
2. Terdapat 3 jenis diabetes;
Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umur 20 tahun. Sel-sebeta dalam pankreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.
Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biasanya umur 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.
3. Diabetes ketika hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon-hormon ketika hamil. Pesakit-pesakit saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.
4. Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemukan, makan berlebihan karbohidrat dan manisan dan pengidap PCOS.
JIKA TIDAK TERKAWAL, DALAM JANGKA PANJANG BANYAK KEROSAKAN ORGAN-ORGAN BOLEH BERLAKU SEPERTI ROSAK BUAH PINGGANG, MATA, SARAF, JANTUNG, SALURAN-SALURAN DARAH YANG MENYEBABKAN GANGRENE DAN LAIN-LAIN.
Dr Hamid Arshat Kongsi Cara Kawal & Cegah
Langkah-langkah mengawal dan mencegah diabetes;
1. Ikuti nasihat doktor yang merawat
Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain-lain, perlu patuh. Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar oleh kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.
2. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan
Nasi, mi, roti, kuih-kuih, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain-lainkesemuanya mengandungi karbohidrt dan gula. Kurangkan amount makan. Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam. Lebihkan sayur-sayur, buah-buahdan lauk dari protein.
3. Makanan-makanan perlu dikurangkan
* Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol kerana kandungan gula terlalu tinggi.
* Jauhkan makanan yang mengandungi gluten seperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan meningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
* Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan seperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
* Jauhkan minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan kelapa sawit lebih baik.
* Jauhkan produk-produk GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
* Jauhkan semua minuman arak dan beer.
4. Makanan-makanan yang disyorkan
* Makanan-makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan seperti sawi, kangkung, pucuk-pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nenas, oats.
* Makanan-makanan mengandungi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
* Makanan-makanan mengandungi magnesium, bayam, almond, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
* Lemak-lemak baik, Minyak kelapa
* Makanan-makanan rendah gula, nuts, biji-biji labu, sunflower, berries, avacado.
5. Suplemen, gantian gula, herba
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;
a. Kayu Manis (cinnamon)
Kajian menunjukkan kayu manis mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, di samping meningkatkan HDL cholesterol dalam darah.
Kredit foto: Pexels
b. Peria (bitter gourd)
Kajian menunjukkan peria boleh mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga boleh bantu mencegah komplikasi diabetes seperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah. Di pasaran terdapat jualan kapsul dan tablet peria.
c. Alpa Lipoic acid
Ini satu jenis anti oksidan yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitiviti, dan mencegah kerosakan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama daripada brokoli, bayam dan tomato.
d. Fish oil 1000 mg setiap hari
Ia bantu tingkatkan insulin sensitiviti dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.
e. Gantian gula
* Sweetener P3 – Berasal dari gula tebu. Diproses dengan Nano technologi. Glycemic index sifar (zero). Boleh di dapati dipasar raya seperti. Sesuai untuk gantian gula.
* Stevia – Sejenis tumbuhan kecil berasal dari Amerika Selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.
g. Minuman teh hijau (green tea)
Teh hijau punya banyak khasiat kesihatan kerana kandungan anti oksidan- polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umur kerana memperlahkan kematian sel-seldan tisu-tisu. Ia juga mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Minumlah lima cawan setiap hari.
Kredit foto: Pexels
h. Herba-herba tempatan
Beberapa jenis herba-herba tempatan berkesan mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain-lain.
Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam atau direbus dengan air panas atau dikeringkan dan jadikan air teh.
Bersenam, kawal kegemukan, rehat dan tidur secukupnya. Sangat penting lakukan senaman 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.
Cukupkan tidur 5 – 7 jam setiap hari dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.
Sumber: Dr Hamid Arshat
Artikel berkaitan: Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek? Fakta Atau Mitos
Kandungan Overdue & Ibu Diabetes, Bayi Berisiko Tertelan Najis. Mesti Peka Lelehan Air Ketuban
Ibu Mengandung Digalakkan Makan Telur Supaya Otak Anak Berkembang & Sihat
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.