Tip Kemas Kain Supaya Lebih Terurus, Barulah Kain Tak Bertimbun Macam Bukit!

Menguruskan kain yang bertimbun-timbun adalah satu tugas yang sering membuat kita rasa malas, terutama jika ia dibiarkan terlalu lama sehingga menjadi seperti ‘bukit’ dalam bakul pakaian.

Kain yang tidak diurus dengan baik bukan sahaja menjejaskan ruang dalam rumah, tetapi juga menambah beban kerja yang boleh mengganggu rutin harian. Bagaimana cara untuk memastikan kain sentiasa kemas, teratur, dan tidak bertimbun?

Haaa… cuba amalkan 8 cara yang dikongsikan Bijen Mohd ini, mesti selesai masalah…

1. Basuh baju anda sendiri

Ini tip paling penting. Jangan harapkan pasangan basuh baju kita. Dia ada banyak lagi benda nak dibasuh. Jadi ringankan bebannya.

2. Tetapkan jadual membasuh

Buat jadual membasuh suami isteri. Barulah tak bertembung bila nak guna mesin dan ampaian pun tak penuh.

3. Asingkan pakaian mengikut warna dan jenis kain (kasar & lembut)

Supaya kain tak turun warna dan tak cepat rosak atau berbulu. Juga asingkan pakaian yang bernajis dengan yang bersih.

4. Pakaikan butang baju dan kemaskan zip seluar

Supaya butang tak mudah tertanggal jahitan dan gerigi zip tidak merosakkan kain lain. Kesian nanti berbulu baju lain.

5. Terbalikkan pakaian (inside-out)

Supaya warna kain tak cepat pudar di bahagian luarnya. Bahagian ketiak juga dapat dicuci bersih dan tak mudah berkarat.

6. Pakai detergen dan pelembut yang halal

Setakat ni yang halal adalah dari jenama Top. Jenama lain mungkin ada.

7. Terus sidai selepas siap basuh untuk mengelakkan bau hapak
8. Seni menggantung pakaian

Gantung pakaian guna hanger untuk jimat ruang dan kurangkan kedutan. Bagi kain saiz besar, boleh lipat dua secara memanjang dan sidai.

Gantung pakaian berwarna secara inside-out dan di tempat yang tidak kena cahaya matahari secara terus untuk mengelakkan pakaian cepat pudar.

Bagi pakaian putih, biarkan bahagian luar di luar. Gantung di bawah cahaya matahari terang supaya putihnya jadi melepak.

Susun pakaian mengikut warna, saiz dan jenis dengan tertib. Semua orang suka bila tengok benda tersusun dan seragam. Tapi tak semua orang boleh tengok benda yang berterabur. Jadi menyukakan orang tu adalah akhlak terpuji. Orang nak ambil jadi menantu pun senang hati.

Sekian!

Mesti Baca: Selepas Lebih Sedekad, Rumah Mewah MICHAEL JORDAN Berjaya Dilelong RM63 Juta
Baca Lagi Di Sini: Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Artikel Menarik: Intai Rumah Termahal Di Dunia Milik AMBANI, Menjulang Tinggi Di Tengah Kota

IMPIANA : Sekarang bolehlah share ataupun tag bakal, pasangan, adik-beradik atau kawan serumah anda yang masih blur tak tahu macam mana nak basuh baju sendiri.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply