Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin Ini!
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama MH ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Rahsia Solekan ‘On Point’ Meski Dibakar Terik Mentari!
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya pada musim-musim cuaca panas, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau keluar pada waktu tengahari atau petang, baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama ketika cuaca panas terik adalah sentiasa bawa kipas tangan, kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Riena Diana
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.