Cantik & Mulusnya Kulit Wajah Maya Karin!

Aktres jelita, Maya Karin yang berkongsi beberapa momen ketika jalani penggambaran filem Duyung: Lagenda Aurora di media sosialnya telah meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi beberapa foto sewaktu berada di salah sebuah pulau di Langkawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Bintangi Filem Di Indonesia, Jadi Pelakon Utama Satu Kebanggaan Buat Industri Seni Tanah Air

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat pelakon filem popular Pontianak Harum Sundal Malam itu sedang berjemur sambil memakai cermin mata berbingkai warna merah jambu.

Bagaimanapun, gaya swafoto Maya telah menarik perhatian dalam kalangan warganet apabila ada segelintir peminatnya berseloroh ternampak bendasing di dalam hidungnya.

Dalam pada itu, ramai turut terpesona melihat wajah mulus pelakon berdarah Jerman itu walaupun tanpa secalit alat solek.

“Cantiknya Kulit,” komen seorang pengguna.

Looks good on you,” komen lagi pengguna lain.

“Ada beruang dalam gua pun tetap cantik!” tulis seorang pengikut.

Sekadar info, Maya Karin kini sedang dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama bintang terkenal tanah air seperti Anna Jobling, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Maya Karin

Comments

Leave a Reply