Hadiah Nobel Kimia 2024 Dikongsi Tiga Saintis Yang Menemukan Semua Struktur Protein

Hadiah Nobel Kimia 2024 dianugerahkan kepada David BakerDemis Hassabis dan John Jumper kerana sumbangan mereka kepada penemuan kesemua struktur protein yang wujud di dunia. Hadiah dibahagikan kepada dua dengan separuh kepada David Baker atas sumbangan kepada reka bentuk protein berkomputer. Separuh lagi hadiah diberikan kepada Demis Hassabis dan John Jumper atas sumbangan kepada ramalan struktur protein.

Hassabis dan Jumper membangunkan kecerdasan buatan (AI) AlphaFold di Google DeepMind dua tahun lalu dengan ia menemukan lebih 200 juta struktur protein yang wujud di dunia bagi memajukan sains perubatan. Setakat ini penemuan AlphaFord telah digunakan untuk membangunkan antibiotik yang lebih baik serta penyelesaian kepada masalah pencemaran plastik.

AlphaFord tidak akan mampu melakukan penemuan ini tanpa kajian yang dilakukan David Baker dari University of Washington pada tahun 2003 apabila pasukan beliau menemukan struktur baharu protein dengan menyusun semula blok asid amino.

Ini adalah Hadiah Nobel kedua tahun ini yang melibatkan teknologi AI. Semalam Hadiah Nobel Fizik 2024 dianugerahkan kepada John Hopfield dan Geoffrey Hinton yang membangunkan teknologi pembelajaran mesin yang menjadi asas kepada teknologi AI. Geoffrey Hinton ialah Bapa AI kerana kajian beliau membina rangkaian neural seakan otak manusia menggunakan komputer. 

Separuh daripada hadiah 11 juta Kronor Sweden (~RM 4.6 juta) akan diterima Baker sementara Hassabis dan Jumper pula berkongsi baki separuh lagi hadiah.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply