Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.
Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.
Pilih tembikai susu ikut 6 tip ini
Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;
1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang manis.
2. Pilih kulit tembikai yang berwarna kuning berbanding putih.
3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut ‘juicy’, banyak air.
4. Cuba goncang buah, jika dengar bunyi biji jatuh atau berlaga itu maknanya buah sudah cukup masak.
5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang sudah kering. Itu tanda buah masak ranum.
6. Paling senang, hidu. Kalau masak baunya memang manis berbanding buah yang muda atau belum masak
Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.