Bila Terlalu Banyak Sangat Memberi Duit, Ada Isteri Mula Mengungkit dan Tak Ikhlas

Ada ramai golongan isteri sudi memberi duit pada suami tetapi tak semua yang ikhlas dari hati. Biasanya awal-awal perkahwinan mungkin okay, lama-lama tawar hati!

Bila Terlalu Banyak Sangat Memberi Duit

Nak lagi faham, jemput baca perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop dalam isu ini…

Sebenarnya kadang kita pun banyak perangai dengan suami. Lagi-lagi bila kita juga turut sama memberi.

Ada masa kita rasa redha. Ada masa habis ungkit segala benda. Ada masa kita ikhlas. Ada masa kita rasa dah cukup aku dah

Kadang-kadang bukan sikit kita menyombong hati. Dalam rumah ni kita lah yang terpaling bagi. Semua dalam rumah ini kita sajalah yang buat sendiri. Suami kita tak buat apa kitalah isteri yang telah dizalimi.

Sedang kalau kita sedar rezeki tu bukan layak pun kita nak kata sebab kita. Rezeki tu Allah yang bagi mudah untuk kita dapat dia. Esok-esok nanti Allah pasti akan tanya semula.

Dekat mana yang kita dah letak rezeki yang Dia telah kurnia. Duit itu kita sibuk nak habiskan dekat make up pakai yang tak terguna. Atau kita bagi anak belajar agama dan dunia yang terbaik untuk dia. Atau kita habis di beg kasut yang penuh tak tau nak letak mana. Atau kita guna ala kadar hidup serba sederhana.

Kena Hadap Ujian Dengan Hati Yang Kental

Zaman sekarang kena banyak tahan naluri. Zaman sekarang kena banyak keras hati. Orang keliling hidup semua benda serba nak tinggi. Kalau tak kuat habis rosak ke diri. Padahal asalnya kita rasa biasa je hidup biasa-biasa macam ni.

Kalau tidak hati kita memang mudah gundah. Kejap kita rasa okay kejap kita rasa tak larat dah. Masa dapat nikmat kita lah paling bahagia. Masa diuji kita sahaja yang paling merana.

Itu belum lagi masalah yang biasa. Mudah sangat diganggu rasa. Kebaikan yang banyak selalu dilupa. Kesilapan yang sikit diungkit berjela. Duduk dan bertafakur. Bila ada banyak kita belajar syukur. Bila sikit kita belajar akur.

Begitulah secebis jalan keluar untuk cipta bahagia dalam rumah tangga.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply