Pemilihan Bersatu Selangor: Empat penjuru di Selayang, Hulu Langat

SHAH ALAM – Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru bagi jawatan Ketua Bahagian di Selayang dan Hulu Langat.

Di Selayang, penyandang, Azman Yaakob akan bersaing bersama tiga pencabar lain, Ahmad Nasir Mid, Morzailan Ismail dan Azinal Abidin Ali.

Sementara Hulu Langat, empat calon berentap bagi jawatan itu ialah Anizan Othman, Azhar Hambali, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar dan Muhammad Faiz Rahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Selangor, Hamsah Jabir berkata, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang tanpa bertanding di Gombak.

Menurutnya, 11 kawasan lain iaitu Kuala Selangor, Sepang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Bangi, Puchong, Subang, Sungai Buloh, Klang, Kota Raja, Kuala Langat turut tiada pertandingan bagi jawatan itu.

“Sebanyak 19 daripada 22 bahagian terlibat bagi Pemilihan Bersatu Selangor kali ini kecuali Tanjong Karang, Hulu Selangor dan Petaling Jaya.

“Tujuh kawasan berlaku pertandingan untuk jawatan Ketua Bahagian iaitu Selayang, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Damansara, Shah Alam dan Kapar,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, Selayang dan Hulu Langat menyaksikan pertembungan empat penjuru manakala lima kawasan lain membabitkan pertandingan dua penjuru.

Ujarnya, pemilihan sayap Bersekutu telah berlangsung pada Rabu sementara Armada dan Srikandi dijadual berlangsung 26 Oktober disusuli peringkat Bahagian, 2 November depan.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply