Tip Penjagaan Suspensi Motosikal Agar Tahan Lama Terutama Musim Hujan

Suspensi motosikal merupakan salah satu komponen penting yang memainkan peranan utama dalam memberikan keselesaan dan keselamatan semasa menunggang. Ia membantu menyerap hentakan dan getaran yang dihasilkan oleh permukaan jalan yang tidak rata.

Tip Penjagaan Suspensi Motosikal Agar Tahan Lama Terutama Musim Hujan

Di Malaysia, terutamanya pada musim hujan, jalan sering kali basah, licin, dan berlubang, yang boleh memberikan cabaran kepada sistem suspensi motosikal. Oleh itu, penjagaan yang baik terhadap suspensi adalah amat penting agar ia dapat bertahan lama dan berfungsi dengan cekap.

Untuk terus memastikan suspensi berada dalam keadaan yang optimum dan beroperasi dengan baik biarpun melaui jalan yang tidak rata, berikut ada beberapa tip yang boleh dicadangkan.

Membersihkan Suspensi

Sama seperti badan luaran motosikal, anda perlu membersihkannya untuk kelihatan cantik dan menarik. Sama juga seperti sistem suspensi, walaupun komponen suspensi tersebut berada dalam keadaan tersorok, anda digalakkan mencucinya  sewaktu membersihkan badan luaran motosikal.

Perlu diketahui bahawa suspensi yang kotor akan dipenuhi dengan debu dan pasir-pasir halus. Jika kotoran tersebut terus melekat di situ, ia akan menyebabkan berlakunya geseran pada bahagian permukaan tiub suspensi seterusnya akan menjejaskan kelancaran sistem suspensi berkenaan.

Segera membersihkan suspensi selepas terkena hujan.

Membersihkan kenderaan selepas memandu dalam keadaan hujan amat digalakkan untuk mengelakkan sesetengah komponen motosikal berkarat.Bahagian suspensi perlu dibersihkan dengan menggunakan air untuk membuang segala kotoran yang dibawa bersama dengan air hujan.

Jangan gunakan Absorber Riser Height Extender.

Pengguna motosikal tidak digalakkan menggunakan Absorber Riser Height Extender supaya keadaan suspensi tersebut dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan. Hal ini kerana penggunaan extender akan menyebabkan suspensi menjadi lebih tinggi dan sudut kedudukan suspensi mengalami perubahan sehingga menyebabkan suspensi menjadi keras.

Dalam masa terdekat mungkin suspensi anda tidak mempunyai masalah, namun untuk jangka masa panjang penggunaan extender ini akan menyebabkan kerosakkan pada komponen yang lain.

BACA LAGI : 10 Ciri-Ciri Lelaki Takut Bini, Salah Satunya Banyak Alasan Bila Kawan Ajak Lepak

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply