Suami Kena Banyak Sabar Dalam Mendidik Isteri Yang Kuat Melawan, Wanita Penuh Dengan Emosi

Suami kena banyak sabar dalam mendidik isteri yang kuat melawan, wanita penuh dengan emosi. Wanita yang bergelar isteri secara zahirnya memang ada sifat melawan dalam diri mereka. Walaupun mungkin dari segi luaran, mereka itu seorang isteri yang lemah lembut, mengikut arahan, tak banyak cakap dan sebagainya.

Suami Kena Banyak Sabar Dalam Mendidik Isteri Yang Kuat Melawan, Wanita Penuh Dengan Emosi

Tapi percayalah, dalam diri mereka tetap akan ada sikap melawan. Cuma kadangkala ia tak dilakukan secara terang-terangan di depan anda, demi rasa hormat mereka kepada anda sebagai suami mereka.

Tapi di belakang anda, tak mustahil mereka pernah memaki anda dalam diam bukan? Sebabnya, isteri rasa dirinya perlu dihargai, didengari dan dihormati pendapatnya.

Jadi, jika apa yang suami katakan itu berlainan dengan apa yang dia rasa, mulalah timbul perasaan nak melawan dan membantah. Di pihak anda pula, sebagai suami, sudah tentu tercabar ego anda beb!

Jika isteri anda termasuk dalam golongan suka melawan, tak bermakna mereka itu bukan isteri atau ibu yang baik. Suami kena ingat tu! Cuma kadangkala isteri tak dapat menahan emosi bila wujud perbezaan pendapat atau pandangan dengan suami.

Jadi, anda sebagai suami, apa boleh anda lakukan untuk menangani isteri yang kuat melawan? Mungkin tip yang kami berikan ini dapat membantu.

Bukan semua suami itu betul dalam satu-satu tindakan tetapi si isteri pun kenalah faham perasaan suami. Kalau dah tau suami tak suka,janganlah diulangi. Tapi, kadangkala isteri suka buat-buat tak faham apa yang boleh mencetuskan kemarahan suami.

Sepatutnya, si isteri kena pandai ambil hati suami dan beri ketenangan buat suami, begitulah juga sebaliknya. Tetapi apa yang kerap berlaku si isteri tak buat itu semua. Walaupun anda dah tegur berkali-kali kesilapan yang dilakukan namun isteri tidak pernah insaf.

Tapi sebagai suami, anda bertanggungjawab untuk mendidik isteri agar patuh terhadap suami dan tidak melakukan sesuatu yang anda tak suka. Mungkin sukar dan akan ambil masa, tapi anda mesti sentiasa berlapang dada dalam mendidik isteri.

Ingat, anda adalah nakhoda dalam rumah tangga, menentukan tenggelam atau kapal itu akan terus belayar megah. Yang penting, jangan berputus asa untuk mendidik isteri anda ye.

Anda sebagai suami kena ingat, isteri pun ada pemikiran dan kemahuan sendiri. Jangan paksa dia ikut cara anda sepenuhnya. Pada ketika ini, anda cuba didik dan dalam masa yang sama bertolak ansur serta terima kelemahan isteri.

Dia bukan robot yang boleh anda ‘program’ mengikut kehendak anda sepenuhnya. Lagi pun, kalau sikap melawannya itu tak keterlaluan, boleh diterima lagi kan.

Wanita penuh dengan emosi yang kadangkala membuatkan jiwa mereka memberontak dan seterusnya menzahirkan menerusi perbuatan sekiranya ada yang tak kena di mata mereka. Bukan bermakna isteri tidak hormat anda sebagai suami, mungkin itu cara untuk dia menyatakan apa yang dia rasa, hanya cara yang membuatkan anda panas hati.

Sebagai suami, anda pun tak boleh tunjukkan kekuasaan dan keegoan. Ada kalanya apa yang isteri bantah itu ada benarnya. Jadi, anda sendiri juga perlu muhasabah diri. Jangan rasa diri saja yang betul.

Apa pun dalam rumah tangga, suami isteri perlu sedar tanggungjawab masing-masing. Sekiranya anda ingin isteri menghormati anda dan mendengar apa saja arahan anda, dalam masa yang sama anda juga perlu tunjukkan rasa hormat pada isteri. Jangan asyik nak menang saja dan rasa diri anda zero kesilapan.

Buang tanggapan isteri wajib patuh arahan anda dan tak layak untuk beri pandangan dan pendapat mereka. Itu kesilapan besar dalam rumah tangga!

Baca artikel lain juga: Isteri Dominan, Suami Baik, Bukan Tak Boleh Bahagia, Yang Salah Kalau Si Isteri Angkuh, Sombong

Suami Curang Ketika Isteri Berpantang Di Kampung, Sedih, Sakit Bersalin Pun Tak Hilang Lagi

Suami Bila Sudah Berumur, Tengok Isteri Jangan Pakai Mata, Banyak Guna Hati

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply