Hadiah Nobel Fizik 2024 Dianugerahkan Kepada Dua Pelopor Teknologi Kecerdasan Buatan

Kecerdasan buatan (AI) ialah teknologi yang sedang hangat diperkatakan sekarang dengan Malaysia menerima tempias positif menerusi pembinaan pusat-pusat data bernilai puluhan bilion Ringgit dibina. Tetapi kesemua ini mungkin tidak berlaku tanpa usaha pelopor awal teknologi pembelajaran mesin John Hopfield dan Geoffrey Hinton

Kedua-dua penyelidik ini telah diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Fizik untuk tahun 2024 kerana penemuan dan ciptaan asas yang membolehkan pembelajaran mesin dengan rangkaian neural buatan.

Geoffrey Hinton, profesor dari University of Toronto ialah individu yang dinobatkan sebagai “Bapa AI” menerusi kajian awal beliau membina rangkaian neural seakan otak manusia menggunakan komputer. Beliau memberikan amaran mengenai bahaya penggunaan AI selepas meletakkan jawatan daripada Google secara mengejut tahun lalu.

Kajian beliau membolehkan komputer memahami data yang kemudiannya boleh diberikan kepada pengguna yang memintanya. Ia menjadi asas kepada model bahasa raya (LLM) seperti ChatGPT yang digunakan lebih 350 juta pengguna setiap bulan.

John Hopfield dari Princeton University pula menggunakan kajian Hinton untuk membina rangkaian neural yang menyimpan imej seperti mana ia disimpan dalam otak manusia. Kajian beliau menjadi asas kepada kecerdasan buatan dalam Google Photos yang boleh memahami konteks gambar dan mencari maklumat tertentu dalam gambar seperti pada Microsoft Recall.

Kedua-dua saintis ini berkongsi hadiah 11 juta Kronor Sweden (~RM 4.6 juta).


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply