Bergelar Usahawan Sejak Di Kolej SENIA PUSPITA Kini Pengasas Beberapa Rangkaian Bisnes Fesyen

Senia Puspita antara contoh wanita yang memberi inspirasi kepada wanita lain dengan kecekalannya dalam membina perniagaan. Hijabi cantik ini memiliki semangat yang tinggi dengan bergelar usahawan sejak di kolej. Sejak itu Senia Puspita sudah pun berimpian untuk membuka perniagaannya sendiri.

Kredit Foto: seniapuspita

Kegigihan Senia Puspita terus membara sehinggalah dia berkahwin.

Malah, kegigihannya dalam bidang keusahawanan semakin berkembang dengan sokongan daripada suami tercinta.

Kredit Foto: seniapuspita

Kredit Foto: seniapuspita

Kini, ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai beberapa rangkaian perniagaan.

Salah satunya ialah brand clothing Senia Couture untuk golongan menengah ke atasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Senia Puspita (@seniapuspita)

Senia Couture menyediakan pelbagai jenis pakaian Muslimah yang mengikut trend.

Selain Senia Couture, satu lagi perniagaan milik Senia Puspita iaitu SC Hijab yang hampir sama dengan Senia Couture.

Kredit Foto: seniapuspita

Kredit Foto: seniapuspita

Dalam perniagaan ini, Senia Puspita turut menyediakan pelbagai jenis produk pakaian Muslimah yang trendy dan mewah.

BACA JUGA: Dari Pentas Lakonan & Peragaan FATHIMAH ALATAS Kini Sukses Sebagai Pereka Fesyen Muslimah

Selain pemasaran dalam talian, Senia Puspita turut menjual produknya menerusi media sosial seperti Shoppe, Instagram dan Tiktok.

Kredit Foto: seniapuspita

Turut Bergelar Pencipta Kandungan Fesyen
Bukan sahaja seorang usahawan, Senia juga menjadi rujukan fesyen.

Selain sebagai usahawan, Senia Puspita turut bergelar pencipta kandungan atau content creator yang membahas tentang rujukan outfit khusus untuk hijabi.

Contohnya, tip fesyen untuk outfit harian dengan gaya hijab yang menawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Senia Puspita (@seniapuspita)

Lain-lain rangkaian bisnes Senia Puspita ialah sc.authenticbrand, sc.male, dan officialstockist_sc.

Senia Puspita sentiasa berkongsi tentang bisnesnya di platform media sosial iaitu Instagram, Tiktok, Facebook serta YouTube.

Daripada kisah Senia Puspita ini kita dapat belajar bahawa dengan kegigihanlah kita mampu berjaya.

 

Comments

Leave a Reply