Motosikal Edisi Terhad KTM RC 8C, Dibina Khas Untuk Perlumbaan

KTM baru sahaja mendedahkan motosikal perlumbaan RC 8C edisi terhad yang dibina khas untuk perlumbaan di litar. Walaupun tiada perubahan besar jika dibandingkan dengan model tahun 2023, tetapi mereka mendakwa unit ini mempunyai prestasi yang sama hebat dengan Moto2. Sangat mengagumkan!

Kredit Foto : Website KTM

Terhad hanya 100 unit RC 8C 2024 yang dibina secara manual ditawarkan, iaitu separuh pengeluaranya daripada tahun sebelumnya. Namun berapa harga yang ditawarkan oleh KTM sekiranya ingin memiliki motosikal ini? Harga yang ditawarkan adalah  $41,499 (RM 195,000) dan anda perlu mempuat pesanan dalam talian apabila pra-pesanan dibuka pada 20 Mac 2024 nanti.

RC 8C 2024 telah dibina dengan kerjasama Krämer Motorcycles, sama seperti model sebelumnya. Seperti jangkaan, motosikal ini dilengkapi dengan semua kelengkapan litar seperti tangki yang boleh dilepaskan dengan cepat dan panel badan, sportrim Dymag yang ringan, dan tayar Pirelli race slicks.

Kredit Foto : Website KTM

Hadir dengan bahagian meter  AIM MXS 1.2 RACE dan perakam data dengan fungsi GPS yang terbina di dalamnya untuk memastikan anda mempunyai “lap time” yang terbaik, dan anda boleh melihat semua maklumat yang berkaitan pada skrin TFT 5 inci. Individu yang bakal memiliki salah satu jentera litar ini boleh menggunakan AIM RaceStudio untuk melihat metrik prestasi dan berusaha untuk mengurangkan “lap time” mereka.

RC 8C dikuasakan oleh enjin “parallel-twin” 889 cc yang sama seperti yang digunakan oleh KTM dalam model 2023, namun talaan enjin untuk model ini  telah ditingkatkan.Hasil maklumat daripada website KTM, motosikal ini menghasilkan 135 kuasa kuda dan 98 nm tork. Tidak diragukan lagi bahawa motosikal ini bakal menjadi salah satu motosikal yang paling menarik di litar, ditambah pula dengan sistem ekzos perlumbaan daripada Akrapovič.

Kredit Foto : Website KTM

Rangka enjin ditempatkan di dalam bingkai tiub keluli 25CerMo4, yang digandingkan dengan kelengkapan badan Carbon Kevlar, terinspirasi oleh KTM RC16. Berat kering untuk motosikal ini hanya 142 kilogram.

Motosikal ini menggunakan sistem suspensi WP APEX PRO fork  43 mm di bahagian hadapan, manakala monoshock WP APEX PRO 7746 dengan “remote preload adjuster” menawarkan “rebound settings” dan “tunable high and low-speed compression” di bahagian belakang.

Kredit Foto : Website KTM

Sistem brek utama menggunakan radial Brembo 19RCS CORSA CORTA yang diinspirasikan oleh MotoGP. Di bahagian hadapan, kaliper Brembo Stylema dengan “floating disc” 290 mm, manakala sebuah kaliper dua piston Brembo berfungsi dengan cakera 230 mm di bahagian belakang.

Dengan slogan rasmi KTM “Ready To Race” penghasilan model motosikal ini sangat bersesuaian dengan slogan mereka dan mungkin jenama motosikal lain juga boleh menjual unit-unit untuk perlumbaan yang sudah pasti menjadi pilihan pecinta kelajuan di luar sana.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply