Raysha Rizrose, Nabil Bakal Timang ‘Baby Girl’. Berharap Dapat Besarkan Cahaya Mata Sebaik Ibu Bapa Mereka

Menerusi sebuah majlis ‘gender reveal’ yang dilangsungkan baru-baru ini, pelakon dan Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose berserta suaminya, Nabil Jeffri mengumumkan bahawa mereka bakal menimang bayi perempuan.

Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz jelas kelihatan teruja setelah pengumuman tersebut dilakukan menerusi letusan confetti berwarna merah jambu sebagai simbol kepada jantina bakal cahaya mata mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories oleh beberapa jemputan yang hadir, Raysha terlebih dahulu dilanda rasa sebak sewaktu menyampaikan ucapannya di hadapan tetamu termasuklah dua orang kakaknya, Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.

Menurut Raysha, dia berterima kasih kepada kedua-dua pasangan ibu bapa mereka kerana telah membesarkan mereka selama ini. Sebagai bakal ibu bapa, Raysha dan Jeffri memahami tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh mereka berdua.

“Saya berharap kami boleh menjadi sebaik anda ketika membesarkan bayi ini (merujuk kepada ibu bapanya dan ibu bapa Nabil).

“Terima kasih di atas semua bantuan yang telah anda berikan kepada kami berdua. Terima kasih kerana telah membesarkan kami berdua hingga hari ini.

“Mama, papa… Nabil has been amazing. Dia merupakan suami yang baik sepanjang saya hamil. Dia sentiasa cuba menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

“Dia juga selalu kongsikan impiannya kepada saya pada setiap hari. Dia cakap, ‘Saya ingin membahagiakan kamu. Saya ingin mampu membeli apa sahaja yang kamu inginkan…’,” katanya dalam nada sebak.

Raysha dijangka akan melahirkan bayinya pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

BACA: “7 Tahun Lepas, Dia Jadi Bridesmaid I..” Che Puan Syamim Farid Sebak Saksikan Raysha Rizrose Bergelar Isteri – REMAJA

BACA: Cantik Bagaikan Bidadari, Rupanya Hanya Sebulan Siapkan Baju Nikah Raysha Rizrose… – REMAJA

Terdahulu pada 7 September, Raysha telah mengumumkan dirinya kini hamil dengan cahaya mata sulungnya bersama Nabil dengan menunjukkan baby bump.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raysha Rizrose (@raysharizrose)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply