‘Jangan usik parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan’ – Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Pimpinan UMNO diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hubungan dan situasi semasa dalam kerajaan harus dikekalkan dengan sikap hormat- menghormati.

“Jangan usik rakan-rakan komponen dalam parti- parti Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah hanya penumpang dalam Kerajaan Perpaduan.

AKAN MENYUSUL


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply