Azah Aziz enggan bermadu, suami buat perjanjian khas perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon Azah Aziz mengakui ada membuat perjanjian khas dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah agar lelaki itu tidak berkahwin lebih daripada satu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Azah Aziz Enggan Bermadu, Suami Buat Perjanjian Khas Perkahwinan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 51 bertemu jodoh dengan Daud yang juga warganegara Perancis pada 7 Januari 1995 dan mereka menetap lama di Montreal, Kanada.
“Saya tahu juga mengenai kisah kemelut rumah tangga pasangan artis di Malaysia yang hangat diperkatakan ketika ini. Cuma, apa yang saya boleh cakap, dalam hubungan perkahwinan memang ada pasang dan surutnya.
“Tetapi, syukur Alhamdulillah untuk perkahwinan saya dan suami yang akan genap 30 tahun pada Januari 2025, setakat ini okay saja. Namun, kalau ditanya rahsia kami kekalkan perkahwinan, pemikiran saya ada lain sedikit.
“Suami saya yang juga mualaf, boleh kalau nak berkahwin empat macam lelaki lain. Tapi, kami dah ada buat perjanjian perkahwinan yang dia (suami) tak boleh berkahwin lebih daripada satu,” katanya.
Tambah Azah lagi, dia bukan hanya berkahwin dengan lelaki asing namun, pernah menetap di beberapa negara seperti Kanada dan Perancis yang jauh dari keluarga bersama suaminya itu.
“Saya pun sebenarnya tidak juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami sebab memang ada rasa gusar juga jika dia (suami) akan ‘serong’ dengan kita.
“Malah, saya dari semasa ke semasa mesti periksa ke mana dia pergi. Ditambah, sekarang saya pun tinggal di Malaysia serta aktif berlakon dan suami pula bekerja di Dubai.
“Tapi, pada era teknologi ini mudahlah kami buat panggilan telefon setiap hari. Kalau saya terlupa, suami yang akan hubungi saya sebab wajib untuk kami kirim pesanan sebelum tidur,” katanya.
Menurut Azah, dia dan suaminya mempunyai kebiasaan untuk memastikan tidak membawa sebarang perbalahan yang terjadi antara mereka ke hari seterusnya.
“Pada saya, soal kebahagiaan (dalam rumah tangga) ini kita perlu cari sendiri. Cuma, apa yang penting ialah kena sabar dan cara berkomunikasi.
“Hampir 30 tahun hidup bersama, saya dan suami tidak pernahlah kami bergaduh besar. Jika ada perselisihan faham, kita mesti selesaikan segera sebab tak nak ia berlanjutan lama,” katanya.
Hasil perkongsian hidup tiga dekad itu, mereka bahagia dengan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Selamat Tinggal Montreal 22 Tahun Tinggal Di Negara Orang, Azah Aziz Akhirnya Kembali Ke Malaysia!
Anak Dah Berusia 26 Tahun, Azah Aziz Masih Kekal Cantik Awet Muda! The Queen In The House
Best Momen Dapat Berkumpul Adik Beradik Reunion Azah Aziz Undang Sebak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.