Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan kepada sahabatnya yang juga aktor, Fattah Amin sebagai tuduhan berat.
Ia sebagaimana yang dakwaan oleh bekas isteri Fattah, Nur Fazura selepas lafaz penceraian talak satu semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Perkin mendedahkan Fattah seorang yang komited terhadap kerja. Malah Fattah dikatakan tidak pernah bercerita tentang hal-hal peribadi selain meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya. Tuduhan kononnya Fattah terlibat dengan wanita lain juga disangkal, kerana sepanjang penggambaran, rakan kerjanya tidak pernah melihat kelakuan yang mencurigakan dari pihak Fattah.
Malah, Fattah terus menjaga tanggungjawab agamanya, sering meminta masa untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya. Sebagai rakan dan kenalan, individu tersebut menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atas Fattah adalah tidak adil dan berharap beliau terus tabah menghadapi ujian ini.
Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM, saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu, tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik, ketika saat-saat rumahtangga tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem, latihan & pengambaran agak lama .
Kami luang masa bersama, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya , tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau , jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain.kami menjalani pengambaran lama, bersama pelakon dari indonesia, tidak sekali pun saya nampak fattah gatal atau bercerita hal wanita, sampai waktu solat hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan.“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat . Sedih dengar hal-hal cerai ni . mintak jauh hal-hal macam ni . Tapi aku team Fattah . Korang ?
Apa pun kita doa baik-baik semoga kemelut ini menemui noktah dan kembali membina hidup baru mengikut haluan masingn-masing.
Sumber: FB Perkin Ibrahim
.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.