Siti Nordiana rapat dengan Rayyan, “Ramai ingat boyfriend, rupanya anak bujang, sweet macam kawan-kawan. Siti Nordiana mula mencipta nama dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun. Album pertamanya, “Gadis Jepun”, mendapat sambutan yang hangat dan melonjakkan namanya dalam kalangan peminat.
Siti Nordiana Rapat Dengan Rayyan, “Ramai Ingat Boyfriend, Rupanya Anak Bujang, Sweet Macam Kawan-kawan”
Kejayaan besar Siti Nordiana mula diraih apabila lagu duetnya bersama Allahyarham Achik Spin, “Memori Berkasih”, menjadi fenomena di Malaysia. Lagu ini bukan sahaja menjadi hit di radio, malah menjadi salah satu lagu duet ikonik yang diingati hingga ke hari ini. Gabungan vokal mereka yang harmoni dan lirik yang menyentuh hati menjadikan lagu ini evergreen, sentiasa relevan dan diminati generasi demi generasi.
Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Siti Nordiana sebenarnya sudah 10 tahun bergelar ibu tunggal. Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum.
Siti Nordiana sering berkongsi cara dia meluangkan masa dan melayan anak lelaki tunggalnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie di media sosail. Perkongsian pelantun lagu popular, Cinta Hanya Sandaran ini sering menjadi perhatian peminat.
Walau sudah lebih dua dekad dalam industri seni tanah air, nama Nana kekal megah di persada muzik. Mei lalu impian Nana untuk mengadakan konsert akhirnya terlaksana.
Sepanjang menjadi anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini. Apatah lagi membuka kisah perkahwinan terdahulunya yang terputus di tengah jalan.
Sebelum ini, Nana pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Namun mereka sepakat mengakhiri perkahwinan pada 14 September 2009.
Hasil perkongsian hidup, Siti Nordiana menjadi ibu kepada anak lelaki bernama Muhammad Rayyan yang kini meniti usia 16 tahun. Sejak berpisah, Nana cekal membesarkan Rayyan dan bertindak menjadi ibu juga bapa kepada anak tersayang.
View this post on Instagram
Dia juga tidak lagi berkahwin selepas berpisah. Nana kelihatannya lebih selesa hidup berdikari dengan status ibu tunggal demi memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggal.
Hubungan rapat dengan anak lelaki tunggalnya, Rayyan sering mencuri perhatian ramai. Keakraban hubungan dua beranak ini membuatkan ramai yang melihat Nana dan anak lelakinya itu seperti rakan baik.
Apabila seorang anak lelaki mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya, ia membawa pelbagai manfaat yang bukan sahaja mempengaruhi kehidupan peribadi mereka, tetapi juga membentuk keperibadian dan pandangan hidup anak lelaki tersebut.
Sesungguhnya, hubungan rapat dengan ibu adalah satu anugerah yang tidak ternilai, dan anak lelaki yang menghargai hubungan ini akan membawa banyak kebaikan dalam hidupnya, sekarang dan di masa hadapan.
Sumber: Instagram Siti Nordiana
Baca artikel lain juga: Baru Lepas Berjumpa Rabu Lalu, Ayah Siti Nordiana Meninggal Dunia Pagi Tadi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.