Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menghadiahkan sebuah motosikal Honda Beat 2023 kepada keluarga seorang murid perempuan yang tular terpaksa berjalan kaki sejauh 6 kilometer ke sekolah disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh bapa mereka.
Menerusi hantaran di laman Instagram, suami kepada pempengaruh Syafiqah Aina itu berkongsi pengalaman menziarahi kediaman murid tersebut yang terletak di Kelantan, di mana dia turut memberikan sumbangan berupa barang keperluan rumah.
Dalam perkongsian sama, dapat dilihat Hafiz membawa bapa murid tersebut ke sebuah kedai motosikal, dan memberi mereka peluang untuk memilih jenis motosikal yang diinginkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Inspirasi! Murid Tahun 6 Berjalan Kaki 6KM Ke Sekolah Ditemani Bapa Setiap Hari Raih Perhatian!
Setelah membeli motosikal berwarna kuning itu, Hafiz kemudian membawa keluarga tersebut berbelanja pakaian harian serta barang keperluan rumah.
“Waktu saya hadiahkan keluarga ni motor, saya melihat moment ni. Bila di kedai motor, Pakcik ni suruh anak-anak dia yang pilih colour apa yang nak. Bila di supermarket, banyak kali saya cakap, pakcik amik la baju untuk pakcik.
“Apa yang dicapai dulu oleh pakcik ni adalah susu anak dan barang sekolah anak-anak dulu sambil pimpin anak anak dia. Sampai di rak makan, dia teman anak-anak dia ambil makanan yang anak dia nak.
“Bila selesai semua perkara, Anak dia datang dan cakap. ‘Abe, terima kasih bantu keluarga’. Saya kata pada dia..’Dulu dan selama ni, Orang orang susah yang bantu, doa dan support business abe’. Hari ini abe nak wi balik dengan semampu yang boleh,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Alhamdulillah! Jadi Penyumbang Terakhir, Hafiz Mahamad Cukupkan RM 9 Juta Dana Adik Naail
Dalam pada itu, Hafiz berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga murid tersebut dalam menjalani kehidupan seharian mereka, selain dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusannya untuk berkunjung ke kediaman keluarga tersebut.
“Saya tak sabar nak melihat 20-30 tahun akan datang, anak-anak ini akan melihat kenangan ini. Belajar dan carilah ilmu. Bila berjaya nanti, tarik dan didik anak anak kami di esok hari.
“Terima Kasih Abe hae, imam kampung abal, jep, guru guru dan semua yang terlibat untuk membantu keluarga ini mahu pun keluarga-keluarga yang lain,” kata Hafiz.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Hafiz Mahamad
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.