Jom Tunaikan Impian Nak Bercuti, Ini Cara Bajet Pergi ke Negara Orang

Suka bercuti tetapi bajet tak cukup? Ya, melancong merupakan antara hobi yang mahal dan sukar untuk dilaksanakan bagi kebanyakan orang.

Namun, anda mesti pernah mendengar tentang budget travelling bukan? Ini bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.

Tip Jimat Nak Bercuti

Gunakan tips jimat masa travel yang kami kongsikan ini untuk mendapatkan pengalaman melancong yang best tetapi masih dapat menjimatkan wang.

1. Bijak Mencari Waktu Percutian Yang Sesuai

Perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika merancang sesebuah percutian tentunya destinasi. Pilih destinasi yang ingin dilawati di luar musim percutian.

Anda perlu sentiasa peka tentang tarikh yang dikeluarkan oleh agensi pelancongan di luar musim. Pasti anda akan mendapat tawaran hebat untuk tiket penerbangan.

2. Elakkan Membuat Penukaran Wang Di Lapangan Terbang Atau Di Hotel

Memang tampak mudah untuk menukar wang di lapangan terbang atau di hotel apatah lagi jika kita seorang yang sibuk dan ingin melancong ke luar negara.

Tetapi kebiasaannya, kedua-dua lokasi ini sering menawarkan kadar pertukaran wang asing yang lebih tinggi berbanding di luar.

Jangan tertipu dengan helah mereka mengatakan bahawa tiada yuran komisen yang dikenakan. Jadi, buat persiapan awal dengan curi sedikit masa untuk menukar wang di lokasi lain seperti di pusat beli belah.

3. Pilih Untuk Menginap Di Hostel, Air BnB Atau Homestay

Mengapa bukan hotel? Kerana tempat seperti yang dicadangkan menawarkan harga yang jauh lebih murah, mempunyai kemudahan yang tidak terhad dan lebih fleksibel terutamanya buat mereka yang mempunyai keluarga yang ramai.

Tapi, kalau melancong secara solo juga banyak kelebihan yang anda perolehi daripada lokasi penginapan seumpama ini.

Ruang dapur turut disediakan, jadi anda tidak perlu membazir untuk sentiasa makan di luar.

Malah, lokasi seperti ini menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk merasai dan ikut serta budaya lokal dengan bergaul dengan masyarakat setempat.

Anda pasti akan dapat lebih ramai kenalan baharu dan belajar dengan lebih banyak tentang aktiviti seharian mereka.

4. Daftarkan Diri Sebagai Worldpacker & Melancong Secara Percuma

Sekiranya anda menjadi ahli Worldpacker (anda perlu menjadi ahli dan membayar yuran tahunan) anda boleh melancong, dan menetap di sesuatu lokasi secara percuma.

Caranya mudah saja, anda boleh mendekati hos destinasi yang ingin anda tuju dan sekiranya anda diterima, anda boleh menginap di sana dalam jangka masa yang telah dipersetujui dan menjadi sukarelawan sebagai penukaran servis kepada hos tersebut.

Anda akan diberi cuti dua atau tiga hari untuk menerokai tempat-tempat menarik setiap minggu. Menarik bukan? Pastinya suatu pengalaman yang lain daripada yang lain.

5. Elakkan Makan Di Luar

Tentunya banyak wang akan dihabiskan dengan acara makan-makan ketika melancong.

Tapi untuk dapatkan penjimatan yang lebih, berbelanjalah barangan dapur di pasaraya tempatan dan pelajari cara untuk memasak hidangan lokal di tempat penginapan.

2 in 1: Dapat jimat wang dan belajar resipi tradisi baharu!

Alternatif lain ialah anda boleh selidik dahulu lokasi tempat makan yang murah atau “street-food” yang makanannya jauh lebih menyelerakan.

Ini juga cara terbaik untuk anda menimba pengalaman melancong di tempat orang.

6. Tidak Berbelanja Untuk Cenderamata

Berbaloi atau tidak untuk mendapatkan cenderamata setiap kali anda melancong?

Pada zaman teknologi masa kini, untuk lebih menjimatkan wang, gunakan aplikasi gambar yang pelbagai untuk merakam segala aktiviti menarik, tempat bersejarah dan adat tempatan untuk diabadikan sebagai memori. Malah, kenangan seumpama itu dapat disimpan dengan lebih lama.

Lagi pula, sosial media kan ada untuk anda sentiasa update kenalan dan keluarga tentang percutian anda.

Cenderamata yang dibeli juga akhirnya nanti hanya dijadikan hiasan dan koleksi semata-mata.

Rugi bukan? Jadi keluarkan cenderamata atau souvenirs dari checklist travel anda, pasti anda akan nampak lebih banyak perubahan di dalam belanjawan percutian yang telah dirancang.

7. Naik Kenderaan Awam Atau Berjalan Kaki Sebagai Alternatif Untuk Bersiar-siar.

Ambil peluang percutian pada kali ini untuk lebih dekat kepada masyarakat tempatan dengan ikut serta di dalam aktiviti seharian mereka.

Jadi, untuk bersiar-siar atau ke tempat-tempat pelancongan menarik di tempat percutian anda, pilih untuk menaiki kenderaan awam yang disediakan atau berjalan kaki selain daripada menempah perkhidmatan pemandu pelancong peribadi.

Jika ke Eropah seperti di London atau Amsterdam, tren dan perkhidmatan bas yang ditawarkan sangat menakjubkan dan murah.

Lokasinya juga strategik iaitu dekat dengan tempat penginapan. Jadi rancang perjalanan anda dengan lebih teliti supaya pengalaman percutian anda dapat dimaksimakan.

8. Ambil Peluang Melawat Tempat Tarikan Pelancong Yang Percuma

Bukanlah kata anda tidak boleh langsung untuk melawat tempat yang memerlukan bayaran atau fees, tetapi seeloknya ambil peluang percutian ini untuk melawat tempat tarikan pelancong yang kemasukannya adalah percuma.

Contohnya, seperti muzium, balai seni, bersiar-siar di sekitar bandar utama, lokasi hiking dan tempat riadah awam, yang menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman percutian yang tidak kurang hebatnya.

Jadi, jika anda kerap mengisi jadual anda dengan tempat percuma seumpama ini, anda boleh gunakan lebihan wang yang ada untuk aktiviti yang memerlukan bayaran.

9. Gunakan Baucar Diskaun

Banyak syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom atau Digi menawarkan pelbagai jenis deal terhebat atau baucar diskaun untuk makanan, rawatan spa mahupun lawatan ke tempat tarikan pelancong untuk para pelanggan mereka.

Jadi ambil peluang yang ada sekiranya anda mempunyai kelebihan sebagai pelanggan. Jika anda seorang pelajar universiti juga, kad pelajar juga turut menawarkan kelebihan yang sama.

Rata-rata muzium di seluruh negara menawarkan diskaun atau kemasukan percuma kepada pelajar. Malah, sesetengah restoran juga turut menawarkan harga yang rendah untuk makanan dan minuman mereka buat para pelajar.

Jadi, buat research dan tentukan masa yang sesuai untuk anda gunakan baucar-baucar ini dalam merancang percutian anda. Percaya atau tidak, anda pasti dapat berjimat dan dalam masa yang sama melancong sepuasnya.

10. Ketepikan Bajet & Wang Khusus Untuk Membeli-belah

Tips jimat masa travel ini mungkin kedengaran remeh tetapi percayalah ianya berkesan! Selain bajet untuk makanan, pengangkutan dan penginapan, ketepikan sejumlah wang tambahan untuk membeli-belah dan melakukan aktiviti yang mahal contohnya seperti skydiving, surfing, menaiki hot-air balloon atau hanya sekadar ingin membeli satu atau dua barangan berjenama.

Dengan cara ini anda tidaklah rasa bersalah sekiranya anda berbelanja lebih. Malah, anda akan merasai kepuasan melancong tetapi dalam masa yang sama anda percutian anda masih di dalam bajet yang telah dirancang.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply