Sashfir, seorang pempengaruh fesyen yang sering memberikan inspirasi ‘OOTD’ classy dengan sentuhan moden. Ia juga mudah digayakan.
Kredit Foto: sashfir
Dengan gaya yang ringkas tetapi bergaya, Sashfir berjaya mencipta gaya yang sesuai untuk pelbagai majlis bermula daripada santai sehinggalah ke acara formal.
Berikut beberapa idea OOTD stylish ala Sashfir yang boleh dijadikan contoh.
Gaya Earth Tone Dengan Jaket Coklat & Selendang Putih
Kredit Foto: sashfir
Dalam penampilan ini, Sashfir kelihatan mempesona dengan gabungan jaket coklat gelap yang mempunyai aksen jahitan putih yang kontras lengkap dengan tali pinggang untuk menyerlahkan susuk tubuh.
Bagi menambah kesan elegan, Sashfir menggabungkan jaket dengan tudung putih polos dan seluar putih. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Aksesori cincin yang dipakai pada beberapa jari memberikan sentuhan feminin manakala latar padang pasir yang dramatik meningkatkan aura penampilannya.
View this post on Instagram
Monokrom Minimalis Dengan Sut Kelabu
Kredit Foto: sashfir
Sashfir membuktikan dengan gaya monokrom minimalis, seseorang itu masih boleh kelihatan elegan. Dia memakai sut dua lapis. Penampilan ini digabungkan dengan tudung kelabu yang senada.
Bagi melengkapkan penampilan ini, Sashfir turut membawa beg tangan hitam kecil dan kasut hitam bertumit runcing yang memberikan sentuhan formal dan mewah. Gaya ini sangat sesuai untuk sis yang ingin kelihatan ringkas namun tetap bergaya di pelbagai acara.
Warna Bumi Dengan Baju Coklat & Skirt Putih
Kredit Foto: sashfir
Sashfir kelihatan bergaya dengan gabungan pakaian berwarna coklat terang yang memberi kesan santai namun tetap bergaya. Digabungkan dengan skirt putih ringkas, gaya ini mencipta kesan yang bersih dan elegan.
Aksesori cermin mata hitam dan gelang emas kecil mempermanis rupa, menjadikannya sempurna untuk suasana santai di laut mahupun percutian classy.
All Black Elegan
Kredit Foto: sashfir
Dalam penampilan ini, Sashfir menggabungkan kesan ringkas tetapi elegan dengan pakaian serba hitam. Dia memakai jubah hitam polos dengan aksen sulaman terperinci di bahagian depan yang menambahkan sentuhan klasik.
Tudung hitamnya melengkapkan keseluruhan pakaian memberikan kesan anggun. Kasut hitam berkilat dan beg kulit kecil yang dibawanya menekankan rasa classy yang sesuai untuk pelbagai acara separa formal atau sekadar bersiar-siar namun tetap kelihatan bergaya. OOTD ini membuktikan, penampilan serba hitam tidak pernah gagal mencipta gaya yang elegan.
Penampilan Chic Dengan Warna Neutral
Kredit Foto: sashfir
Warna neutral sering menjadi kegemaran Sashfir. Dalam OOTD ini, Sashfir kelihatan bergaya dengan pilihan pakaian berwarna neutral lembut. Dia menyarungkan outerwear labuh berwarna krim digabungkan dengan culottes longgar menghasilkan silhoutte yang anggun dan moden.
Pemakaian selendang putih polos memberikan kesan bersih dan segar. Beg tangan berwarna krim dengan perincian hitam pada pemegang adalah aksesori yang sempurna dan classy. Penampilan ini sesuai untuk acara santai tetapi masih kelihatan elegan dan stylish!
BACA JUGA: Ratu ‘OOTD’ Ruba Zai Cetus Inspirasi Gaya Kasual & Formal
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.