Sambal tempe bilis dan kacang ini antara sambal kegemaran ramai, bukan orang Jawa saja suka. Sambal ini boleh jadi lauk tapi ratah pun sedap. Sebab itu kalau masak kena buat banyak terus, takut tak sempat jadi lauk semua diratah.
Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan. Sambal ini katanya boleh tahan lama hingga dua bulan jika betul cara masaknya.
Buat sendiri sambal tempe bilis & kacang
Bahan-bahan
6 paket tempe – hiris nipis, goreng rangup
2 cawan ikan bilis – cuci, goreng garing
500g kacang tanah – cuci, tos, goreng
Bahan untuk sambal:
-2 senduk cili kisar – guna cili kerinting yang pedas lagi sedap
-3 biji bawang merah – kisar
-5 ulas bawang putih – kisar
-1 ketul gula kabung
-4 keping asam keping
-Garam secukupnya
-Minyak goreng tempe
Cara membuat
1. Tumis bahan yang dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping, sampai pecah minyak.
2. Kena masak lama sampai cili garing.
3. Bila dah garing, tutup api dan biar kejap.
4. Kemudian letak garam dan boleh masuk tempe, kacang dan ikan bilis yang sudah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata.
5. Siap. Jika nak simpan, pastikan dalam bekas kering.
TIP SAMBAL KEKAL RANGUP & TAHAN LAMA
- Pastikan sambal betul-betul garing supaya tempe kekal rangup selepas digaul.
- Sambal ini boleh tahan hingga dua bulan jika sambal betul-betul kering.
- Jika selepas goreng ikan bilis jadi lemau, masukkan dalam air fryer sekejap agar ia kembali rangup.
Selamat mencuba.
Sumber: Sharinaz Redwan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.