Kalau buat pisang atau tempe goreng hidang pulak dengan sambal kicap Johor ni memang layan. Bukan orang Johor pun ramai yang suka makan begini.
Sambal kicap ini jugak mudah saja membuatnya. Kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Qaseh sambal ini bukan saja sedap tapi boleh tahan berbulan-bulan dalam peti sejuk.
Cara buat sambal kicap Johor yang sedap ‘kebabom’ & tahan lama
Bahan-bahan
1 genggam cili burung (lebihkan kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 genggam bawang goreng
1 cawan kicap Kipas Udang atau jenama lain
1 sudu pati ayam
5 sudu gula perang
5 biji perahan limau
Cara membuat:
1. Goreng lada cili dan bawang putih hingga layu. Guna minyak sedikit saja ya. Angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian masukkan dalam blender masukkan kicap, cili dan bawang putih yang digoreng. Masukkan juga bawang goreng, chicken stok, gula perang dan perahan limau.
3. Kisar sampai lumat. Dah siap. Sama nak pekat atau cair sambal kicap, ikut cita rasa kita.
4. Simpan dalam bekas bertutup. Kalau simpan dalam peti sejuk tahan berbulan-bulan. Tapi kalau selalu buat pisang atau tempe goreng mana mau tahan lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Qaseh
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.