Vokalis kumpulan Govinda, Irfan, menyifatkan penyanyi versatil, Ernie Zakri antara penyanyi tanah air yang berpotensi untuk mencipta nama dan mengembangkan sayap ke negara seberang.
Berkata kepada Remaja, ia kerana pelantun lagu popular Ku Bersuara itu mempunyai kemampuan nyanyian yang luar biasa, justeru layak diberi peluang untuk menyerlah di negara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Govinda Bakal Gegarkan Zepp KL 31 Oktober Ini! Turut Tampilkan Penyanyi Hebat Ernie Zakri, Aina Abdul, Elica Paujin & Fadly Padi
“Kehadiran Ernie ke Indonesia dengan lagu Hal Hebat dan Masing-Masing disambut baik peminat dan rakan media di Indonesia.
“Dia miliki suara yang luar biasa, salah seorang diva terbaik dari Malaysia, justeri kami bangga kerana dapat mempromosikan dia di sana,” katanya ketika ditemu bual pada sidang media Konsert Govinda Hal Hebat.
Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu, pandangan yang mengaitkan Ernie menumpang populariti kumpulan mereka untuk dikenali di Indonesia adalah sama sekali tidak benar.
Tambahnya, bakat yang dimiliki isteri kepada penyanyi Syamel itu sudah cukup untuk mengangkatnya, justeru dia tidak perlu menumpang populariti kumpulan berkenaan.
“Ernie ada bakat yang luar biasa dan kami yakin namanya boleh melonjak di Indonesia,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.