Terpesona melihat ratu jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang manis bertudung dan berjubah ketika menitipkan ucapan sempena Ramadan di Instagram peribadinya.
Video pendek yang dimuat itu menunjukkan Datuk Sheila mengenakan tudung polos biru dipadankan dengan jubah putih bercorak.
Terserlah keanggunan asli yang dimiliki oleh figura berusia 59 tahun ini dengan gaya menutup aurat.
View this post on Instagram
Menerusi kapsyennya, Datuk Sheila menitipkan ucapan sempena Ramadan buat para pengikut serta peminatnya.
“Salam Ramadan. Selamat menyambut bulan Ramadan & selamat menunaikan ibadah Puasa kepada semua umat Islam dimana jua anda berada.”
Datuk Sheila juga berharap agar segala amalan ibadah dan jariah yang dilakukan diterima Allah SWT.
“Semoga amalan-amalan ibadah dan amalan jariah kita diterima Allah SWT. Ramadan Mubarak!”
Rata-rata peminat memuji penampilan isteri kepada pemuzik, Datuk Acis ini dengan imej menutup aurat yang disifatkan sejuk mata memandang.
Untuk info, selain nyanyian Datuk Sheila Majid juga pernah membintangi filem-filem hebat pada era 80-an antaranya ialah Ali Setan.
Sehingga kini, Datuk Sheila Majid masih memiliki aura dan kelasnya yang tersendiri. Beliau berjaya memukau jutaan peminat di rantau Asia dengan vokalnya yang hebat ketika mendendangkan lagu-lagu berirama pop, jazz dan R&B kontemporari.
Kredit Foto: Instagram Datuk Shiela Majid
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.