Fattah Dan Fazura Sah Cerai Talak Satu, Sebak Keluar Dari Mahkamah

Sebutan kedua tuntutan penceraian antara pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin pada 7 Oktober, hari ini berakhir dengan penceraian talak satu.

Ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sebentar tadi, kedua-dua pihak memaklumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk bercerai talak satu kali pertama pada jam 9.45 pagi tadi.

Masing-masing turut mencapai persetujuan untuk nafkah idah dan nafkah anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Menurut Nur Fazura dalam sidang media di sini ketika ditanya mengenai punca penceraian, beliau menamakan 3 faktor utama.

Yang pertama ialah faktor nafkah yang tidak diberikan oleh Fattah Amin sejak empat tahun yang lalu termasuklah duit raya kedua beranak itu.

Keretakan rumah tangga juga disahkan berlaku disebabkan orang ketiga yang dapat dihidu sejak dua bulan yang lalu. Namun, perlakuan curang itu dimaklumkan telahpun bermula kira-kira sejak awal tahun ini

Terakhir, Fazura dalam nada sebak juga telah menyatakan faktor ketidakfahaman antara mereka berdua menjadi punca terakhir penceraian yang berlaku. Bagaimanapun, Fazura tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak turut akan menyelesaikan soal hak penjagaan anak mereka itu di Mahkamah Tinggi menerusi pemfailan kes baharu.

Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 227 November 2017.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply