Suami Bila Faham & Bertolak Ansur, Barulah Mental Isteri Tidak Tertekan

Adanya tolak ansur dan sifat memahami daripada suami barulah mental isteri tidak tertekan. Hidup berumah tangga memerlukan persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain.

Suami tak bolehlah mengharapkan isteri hari-hari senyum, hari-hari ceria. Kadang kala ada ketikanya moodnya tak berapa baik atas sebab tertentu. Sebagai orang yang paling dekat dengan isteri, suami harus faham kenapa ada ketikanya seperti ada sesuatu tak kena pada isteri. Pernah tak suami tanya dan cuba faham isteri? Kadang orang perempuan ini dia cuma mahu sedikit perhatian.

Suami Bila Faham & Bertolak Ansur

Sebab itu, dalam rumah tangga, pegang kunci ini. Suami harus faham isteri dan isteri pula mesti tahu apa keperluan yang suami mahukan. Moga perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini boleh buatkan rumah tangga kekal harmoni.

Mental isteri tak tertekan…Jika setiap bulan suami peka dengan keperluan harian…apa yang sudah habis, apa yang kena tambah, apa nak kena beli…

Mental isteri tak tertekan jika setiap minggu suami mampu duduk rumah, menghabiskan masa dengan keluarga, buat aktiviti bersama-sama…

Mental isteri tak tertekan jika setiap hari suami tanya keadaan dia, perasaan dia, apa yang dia lalui, apa yang dia alami…

Barulah Mental Isteri Tidak Tertekan

Mental isteri tak tertekan jika bebanan kewajipan dan urusan rumah itu digalas sama rata, dilakukan bersama-sama…

Mental isteri tak tertekan jika suami jaga pergaulan, dgn siapa dia berhubung, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia bergaul…

Mental isteri tak tertekan jika suami solat on time…tak perlu disuruh, tak perlu ditegur, tak perlu dinasihatkan…

Mental isteri tak tertekan jika suami sedar status hubungan, bersifat setia terhadap pasangan dan tak mengkhianati kepercayaan.

Mental isteri tak tertekan jika suami dengar apa yang isteri mahukan dan tak buat apa yang dah dilarang…

Mental isteri tak tertekan jika suami selalu bawa keluar makan, selalu ajak jalan-jalan.

Mental isteri tak tertekan jika suami buat semua yang dinyatakan.

Kredit : Firdaus Shakirin

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply