Minyak petrol merupakan salah satu keperluan paling penting dalam kehidupan seharian kita masa kini terutama bagi sesiapa yang berkenderaan. Namun begitu, ia sering dianggap sebagai satu beban kerana harganya yang kian meningkat.
Pelbagai cara kita lakukan untuk menjimatkan penggunaan bahan api setiap hari terutamanya sewaktu mengisi petrol.
Terdapat beberapa cara tradisional yang sering diamalkan oleh orang ramai, namun adakah semua cara tersebut benar-benar berkesan atau hanyalah mitos semata-mata?
Mari kita kupas beberapa mitos popular tentang penjimatan minyak sama ada ia berkesan atau tidak.
- Isi Minyak Pada Waktu Malam Lebih Jimat
Banyak yang percaya mengisi minyak pada waktu malam dapat menjimatkan minyak kereta. Ini mungkin disebabkan kepercayaan bahawa minyak akan menjadi lebih tumpat pada suhu yang lebih sejuk. Namun, hakikatnya, perbezaan cuaca tidak memberikan impak yang ketara. Penjimatan yang diperoleh mungkin hanya dalam lingkungan 2 hingga 3 sen sahaja.
- Letak Gear ‘N’ Ketika Mengisi Minyak
Pengguna kereta automatik sering kali meletakkan gear dalam kedudukan ‘N’ atau neutral semasa mengisi minyak, percaya bahawa ini dapat mengelakkan minyak daripada disalurkan ke dalam enjin. Walau bagaimanapun, hakikatnya, kedudukan gear tidak mempunyai kaitan langsung dengan proses penyaluran minyak ke dalam enjin.
3.Menggoncang Kereta Selepas Mengisi Minyak
Ada yang mengamalkan tabiat mengisi minyak sehingga penuh dan menggoncang kereta untuk memastikan tangki penuh. Namun, jika tangki sudah penuh, menggoncang kereta tidak akan memberi ruang ekstra. Amalan ini sebaiknya dielakkan kerana ia tidak memberikan manfaat tambahan dan boleh menjadi bahaya.
- Jangan Isi Minyak Ketika Tanker Sedang Loading
Beberapa orang percaya bahawa tidak sepatutnya mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi bekalan minyak petrol ke stesen minyak. Mereka risau minyak yang disalurkan akan berkeladak. Namun, setiap stesen pam dilengkapi dengan penapis in-line, memastikan minyak yang disalurkan ke kenderaan sudah ditapis dengan baik.
Sebelum mengamalkan sebarang teknik atau cara, penting untuk melakukan kajian sendiri. Cari sumber bacaan yang dipercayai dan gunakan logik akal.
Dengan memahami mitos dan fakta seputar penjimatan minyak, kita dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam menguruskan penggunaan minyak kereta kita. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
*INFO : tahukah anda Malaysia sebenarnya di antara negara yang mempunyai harga petrol yang paling rendah di dunia?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.