Bermula semalam umat Islam telah mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Seperti biasa ramai di antara kita yang harus melakukan penyesuaian diri semula untuk menghadapi ibadah puasa selama sebulan ini.
Salah satu perkara yang cukup penting diamalkan sepanjang puasa ialah bersahur. Sahur dalam erti kata ringkasnya ialah makanan yang diambil pada waktu dini hari sebelum fajar, oleh umat Islam selama bulan Ramadan sebelum mereka memulai puasa hari itu.
Image by Freepik
Mempraktikkan sahur sangat digalakkan dalam agama kerana dianggap memberkati; Nabi Muhammad SAW sendiri menekankan pentingnya sahur dalam beberapa hadis.
Sahur tidak hanya membantu dalam menjaga tenaga dan hidrasi sepanjang hari tapi juga dianggap sebagai momen yang mengandung keberkatan, di mana doa-doa dapat lebih mudah dikabulkan.
Waktu untuk sahur berakhir ketika fajar shadiq (fajar sejati) muncul, yang menandakan dimulainya waktu puasa hingga matahari terbenam.
Tapi dalam pada masa kita bersahur ada beberapa perkara yang perlu dielakkan dilakukan atau diambil. Ini bagi memastikan ibadah puasa dapat kita jalani dengan lebih lancar dan sempurna.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Dr Qarafi Tee menerusi satu perkongsiannya di TikTok tentang empat makanan atau minuman perlu dielak ketika sahur.
Ikuti perkongsian berikut di bawah.
MINUM AIR TERLALU BANYAK
Image by kroshka__nastya on Freepik
Mungkin ramai beranggapan bahawa untuk mengelakkan rasa haus sepanjang hari makan perlu minum air dengan banyak ketika bersahur. Ramai juga beranggapan minum air banyak sebab nak elak hidrasi.
Tapi sebenarnya meminum air yang terlalu banyak hanya menyebabkan anda akan buang air kecil lebih banyak dan kerap. Bila buang air kecil lebih kerap maakan akan lebih cepat berlaku hidrasi. Jadi anda juga akan berasa lebih cepat rasa haus.
MINUM AIR TEH, KOPI ATAU MINUMAN BERKARBONAT
Image by senivpetro on Freepik
Buat penggemar kopi dan teh ini mungkin berita buruk untuk anda. Salah satu jenis minuman perlu dielak ketika sahur ialah minuman yang mengandungi kafein. Bila minum minuman berkafein ia akan membuatkan anda ingin buang air kecil lebih banyak. Bila perkara ini berlaku maka anda akan berasa lebih cepat berasa dehidrated.
Selain itu selepas anda minum minuman manis tubuh anda akan mengalami ‘sugar spike’. Dan selepas itu akan berlaku pula ‘drop of sugar’ dan bila ia berlaku anda mula akan berasa lebih penat, lesu dan lapar.
MAKANAN MAKANAN BERMINYAK
Makanan berminyak seperti karipap, ayam goreng atau kari yang berminyak perlu dielak ketika bersahur. Ramai mungkin tidak sedar apabila makan makanan berminyak, makanan yang dimakan tersebut akan lebih lambat sikit untuk dihadamkan.
Apabila ia lambat dihadamkan maka berlakulah ‘delay emptying’, di mana lagi lambatlah perut akan kosong. Jadi bila perkara ni lambat ia akan menyebabkan acid refluks. Jadi tak lama selepas mula berpuasa lepas tu mula rasa ada gastrik, rasa pedas – itulah disebabkan makan makanan berminyak.
BACA: Inteam Nyanyikan Semula “Rabiatul Adawiyah” Bersama Khai Bahar
MAKAN NASI ATAU KARBOHIDRAT TERLALU BANYAK
Image by azerbaijan_stockers on Freepik
Sesetengah orang beranggapan jika ingin tahan lapar lebih baik atau lama kena makan nasi dengan lebih banyak. Walhal anda sebenarnya perlu lebih banyak memakan makanan mengandungi protein dan sayur. Protein dan sayur-sayuran cukup penting kerana ia menyumbang kerana nutrien banyak dan juga memberi tenaga serta bantu memperbaiki tisu badan.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan sempurna.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.