Rina Harun tarik diri tanding Ketua Srikandi Bersatu

Datuk Seri Rina Harun

PETALING JAYA – Datuk Seri Rina Harun tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi bagi pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2024-2027.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu, Saiful Adli Arshad berkata, bekas ahli Parlimen Titiwangsa itu ada menghantar borang pencalonan, namun dilapor menarik diri.

Menurutnya, hanya satu calon disahkan layak bertanding bagi jawatan itu iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bahagian Masjid Tanah.

Saiful Adli (dua dari kiri) pada sidang akhbar Pemilihan Parti Bersatu 2024-2027 pada Jumaat.

“Saya mengesahkan Datuk Seri Rina Mohd Harun ada menghantar borang pencalonan, namun telah menghantar borang penarikan diri,” katanya semasa sidang akhbar Pemilihan Parti Bersatu di ibu pejabat Bersatu pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal ketika ditanya punca penarikan itu meminta media mendapatkan penjelasan tersebut kepada Rina.

Pada pengumuman itu, hanya satu pencalonan disahkan bertanding bagi jawatan Presiden iaitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) selain Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut).


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply