Mak Ayah Pontengkan Anak Sekolah, Urusan Keluarga Jadi Alasan, Sudah Jadi Macam Perkara Normal

Mak ayah pontengkan anak sekolah, urusan keluarga jadi alasan, sudah jadi macam perkara normal. Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pelajar yang ponteng sekolah dengan alasan ‘urusan keluarga’. Fenomena ini, yang dahulunya dianggap sebagai sesuatu yang jarang berlaku, kini semakin menjadi kebiasaan di kalangan ibu bapa dan pelajar.

Mak Ayah Pontengkan Anak Sekolah, Urusan Keluarga Jadi Alasan, Sudah Jadi Macam Perkara Normal

Alasan seperti perlu menghadiri kenduri kahwin, pergi bercuti, atau membantu keluarga dalam urusan tertentu kini sering digunakan untuk membenarkan ketidakhadiran anak di sekolah. Persoalannya, adakah tindakan ini wajar? Apakah kesannya terhadap pendidikan dan perkembangan anak-anak?

Trend pontengkan anak sekolah, alasan urusan keluarga sudah jadi macam perkara normal. Memontengkan anak lebih awal beberapa hari sebelum bermula cuti sekolah, malah ada yang sambung beberapa hari lagi selepas cuti sekolah tamat dengan alasan ‘urusan keluarga’ seolah-olah sudah jadi satu trend dalam kalangan ibu bapa.

LEBIH TERUK LAGI, ADA YANG TANPA SEGAN SILU SANGGUP MEMONTENGKAN SEKOLAH ANAK SEMATA-MATA NAK PERGI MELANCONG, NAMUN MASIH BERI ALASAN SAMA KERANA ‘URUSAN KELUARGA’.

Tidak bijaknya perbuatan itu apabila ada yang seronok dan bangga berkongsi di media sosial gambar bercuti sakan walaupun ketika itu sepatutnya anak berada di sekolah.

Isu tersebut turut menjadi perdebatan dalam kalangan ibu bapa di media sosial. Ada yang kata tak mengapa pontengkan anak sebab cuti sekolah dan cuti kerja mak ayah tak sama.

Ada beri alasan kalau cuti hari biasa, belanja lebih murah kerana hotel murah, tiket murah, tak ramai orang dan paling penting tak perlu berdepan kesesakan jalan raya.

TAK KURANG JUGA ADA IBU BAPA DENGAN MEGAH BERKATA ANAK MEREKA TETAP PANDAI, TETAP NOMBOR SATU BERBANDING MURID YANG HADIR KE SEKOLAH SETIAP HARI.

Memontengkan anak semata-mata mahu bercuti atau balik kampung lebih awal sebelum cuti sekolah bermula bukanlah perkembangan sihat.

Ia membawa naratif kurang elok, seolah-olah menghalalkan budaya ponteng. Ia tidak sepatutnya menjadi amalan. Bimbang jika anak-anak akan terikut-ikut dengan sikap ibu bapa yang memandang remeh sesi persekolahan.

Mungkinkah fenomena ini berlaku kesan daripada tiada peperiksaan utama di peringkat sekolah rendah dan Tingkatan Tiga? Dahulu semasa ada peperiksaan besar, bukan sahaja takut nak ponteng sekolah, nak ponteng kelas petang, kelas tuisyen malam, kelas tuisyen Sabtu dan Ahad pun rasa takut. Jauh berbeza dengan zaman sekolah anak-anak sekarang.

Sumber: Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: “Ibu Sakit, Ayah Hanya Ambil Upah Baiki Motorsikal.” Usia 9 Tahun, Anak Ini Galas Tugas Urus Rumah, Sering Ponteng Sekolah Tak Mampu Bayar Yuran.

Bergilir Ponteng Sekolah Demi Jaga Ibu Yang Lumpuh Lepas Kematian Ayah. Tabahnya Lima Beradik Ini!

Doktor Ini Kongsi Kenapa Salah Didik Anak Antara Punca Anak Jadi Murung, Tak Nak Ke Sekolah, Ponteng Dan Pembuli! Tolong Alert Ini!

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply