Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akhirnya mengesahkan desas-desus yang diperkatakan oleh peminatnya dan memaklumkan dirinya kini sedang hamil dengan cahaya mata sulung bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani.
Nabila dijadualkan untuk melahirkan bayi mereka pada Januari 2025 dan sebagai bakal ibu buat kali pertama, selebriti berusia 32 tahun itu menzahirkan rasa syukurnya di atas anugerah ini.
Nabila Razali.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” ujarnya.
BACA: Nabila Razali Nasihati Generasi Muda Utamakan Pelajaran Meski Nak Jadi ‘Influencer’ – REMAJA
Menarik untuk dikongsikan, Nabila mengaku kini lebih mudah penat berbanding dirinya yang lincah sebelum berbadan dua. Pengalaman baharu ini memerlukan Nabila untuk lebih banyak berehat demi menjaga kesihatan diri serta bayi yang dikandung.
“Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja. Tapi saya masih komited dalam bidang seni terutamanya beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Saya cuba untuk buat dengan sehabis baik.
“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna,” kongsinya.
Sambil itu, Nabila juga berharap agar semua pihak terutama peminatnya untuk mendoakan agar perjalanan kehamilannya akan dipermudahkan sehingga tarikh bersalin kelak.
Sebagai info, Nabila dan Nik Iruwan bergelar suami isteri pada 19 November 2023.
BACA: “I said YES” – Nabila Razali Kongsi Momen Dilamar Kekasih Hati & Ahli Perniagaan Nik Iruwan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.