Meriah! 100 Bayi Berentap Untuk Gelaran Juara Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2024

Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada 29 Oktober 2024 yang lalu.

Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama di antara Pa&Ma dan Simpan SSPN untuk menggalakkan ibu ayah membuat simpanan pendidikan buat anak-anak mereka.  Dengan tagline Jadilah Superhero Anak Anda!, penganjuran pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang manfaat membuka akaun Simpan SSPN.

Turut hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut adalah Pn. Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Pn. Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn. Bhd. serta Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri dan Dyya Nawai, penyampai radio Nasional FM merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.

Meriah acara yang dikendalikan Bell Ngasri dan Dyya Nawai!

Bayi Comel-Comel, Acara Meriah!

Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak mengikut pusingan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.

Para peserta sedang bersedia untuk dilepaskan di garisan permulaan

Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 100 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.

Bersungguh-sungguh ibu ayah ‘memancing’ anak untuk merangkak

Pertandingan ini yang terbahagi kepada 20 pusingan dan seramai lima orang bayi akan merangkak pada satu masa. Masa yang diberikan adalah selama dua minit untuk bayi sampai ke garisan penamat, sekiranya tamat tempoh dan peserta masih merangkak atau tidak bergerak, mereka akan tersingkir.

Antara gelagat para peserta ketika dilepaskan untuk merangkak

Untuk setiap pusingan, masa setiap peserta akan diambil bagi menentukan bayi manakah yang paling pantas untuk mencari Bayi Juara, Bayi Naib Juara, Bayi Tempat Ketiga serta dua Bayi Saguhati. Selain itu juga, terdapat satu anugerah khas iaitu Baby Wow! Superhero.

Team Pa&Ma yang bertanggungjawab untuk mencatat masa setiap peserta

Tahniah Kepada Para Pemenang

Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2024 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Abdul Rahman Mohd Afdzlan, Bayi Naib Juara, Mohd Alif Mohd Mustaqim dan Bayi Tempat Ketiga, Muhammad Afwan Mohd Faizal, manakala dua Bayi Saguhati adalah Qaisar Anaqi dan Muhammad Afwan Madh Affiq. Bagi anugerah khas Baby Wow! Superhero pula menjadi milik Reiner Adrian.

Bayi Juara – Abdul Rahman Mohd Afdzlan

Bayi Naib Juara – Mohd Alif Mohd Mustaqim

Bayi Tempat Ketiga – Muhammad Afwan Mohd Faizal

Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers manakala Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers. Bayi Tempat Ketiga pula telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers.

Untuk dua Bayi Saguhati telah membawa pulang akaun Simpan SSPN berilai RM50, medal dan hamper istimewa setiap seorang. Penerima anugerah Baby Wow! Superhero juga membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal dan hamper istimewa.

Pemenang Bayi Saguhati – Qaisar Anaqi

Pemenang Bayi Saguhati – Muhammad Afwan Madh Affiq

Baby Wow! Superhero – Reiner Adrian

Terima kasih kepada pihak yang menjayakan pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2024. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari ibu ayah yang menjadi follower Pa&Ma!

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply