ZEEKR Malaysia Mula Terima Tempahan untuk Dua Model Mewah – X & 009

ZEEKR Malaysia dengan rasminya memulakan operasi dan kini membuka tempahan untuk dua model kenderaan elektrik serba mewah. SUV kompak bandar ZEEKR X dan MPV ultra-luxurious ZEEKR 009

Bagi mereka yang berminat, harga anggaran ZEEKR X adalah bawah RM180,000. Manakala ZEEKR 009 dijangka di bawah RM370,000. Yuran tempahan ditetapkan pada RM2,000 untuk ZEEKR X dan RM4,000 bagi ZEEKR 009.

ZEEKR X – SUV Bandar Elektrik Premium dan Berkuasa

ZEEKR X direka untuk pasaran global dan hadir dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship AWD. Varian Flagship AWD dilengkapi dengan motor berkembar yang mampu menghasilkan 422 hp. Menjadikannya salah satu SUV elektrik paling berkuasa di segmennya. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.8 saat

Bagi varian Premium, ia dikuasakan oleh motor belakang tunggal dengan 268 hp dan memerlukan 5.6 saat untuk mencapai kelajuan yang sama.

Kedua-dua varian ZEEKR X mempunyai bateri berkapasiti 66kWh dan menyokong pengecasan DC 150kW yang mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit. Terdapat lima pilihan warna luaran: Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige, dan Pine Green, manakala bahagian dalaman pula ditawarkan dalam warna Charcoal Black dan Stone Grey.

Dari segi keselamatan, ZEEKR X menerima penilaian 5 bintang Euro NCAP dan Green NCAP. Ia dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih seperti 7 beg udara, kamera 360°, dan Digital Video Recorder (DVR)

Ciri bantuan pemandu termaju seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keeping Assist (LKA), Blind Spot Detection (BSD), dan banyak lagi juga turut disertakan untuk menjamin keselamatan pemandu dan penumpang.

ZEEKR 009 – MPV Mewah yang Mendefinisikan Semula Kemewahan

ZEEKR 009 adalah MPV elektrik paling berkuasa di pasaran. Dilengkapi dengan motor berkembar berprestasi tinggi yang menghasilkan 603 hp dan 693 Nm tork. Mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat

MPV ini tersedia dalam dua varian – 7 tempat duduk mewah dan 6 tempat duduk ultra-luxury. Dengan bateri 116kWh, ZEEKR 009 mampu mencapai jarak sehingga 582km dengan satu pengecasan penuh. Pengecasan pantas 150kW dari 10% ke 80% dalam hanya 30 minit.

Bahagian dalaman ZEEKR 009 menawarkan keselesaan luar biasa, termasuk kerusi hadapan dengan fungsi urutan dan pengudaraan. Tempat duduk barisan kedua yang boleh dilaras dengan ultra long electric slide rail sepanjang 1.1 meter. 

Ciri-ciri lain termasuk sistem bunyi mewah YAMAHA dengan 30 pembesar suara, layar infotainment OLED 15.05 inci. Serta paparan kepala realiti terimbuh (AR) yang canggih.

Seperti ZEEKR X, ZEEKR 009 juga dilengkapi dengan sistem keselamatan ADAS canggih, termasuk Lane Centering Control (LCC), Collision Mitigation Support dan banyak lagi, menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa.

Untuk maklumat lanjut atau menempah model pilihan anda, layari https://booking.zeekr.my/booknow atau hubungi ZEEKR Malaysia di +6012-964 8495.

Dari ZEEKR Malaysia

Baca Juga Zeekr 001 FR, Supercar Elektrik Serba Baharu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply