Tular Seorang Ibu Tunggang Motorsikal Bawa 2 Anak Kecil Undang Sebak!

Satu video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan seorang wanita yang menunggang motosikal sambil membawa dua anak kecilnya, telah menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faizal Danial, yang merakam momen tersebut ketika berhenti di salah sebuah stesen minyak.

Dalam video itu, Faizal menzahirkan rasa empati dengan situasi wanita tersebut dan mengambil inisiatif untuk membantunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspirasi! Murid Tahun 6 Berjalan Kaki 6KM Ke Sekolah Ditemani Bapa Setiap Hari Raih Perhatian!

Seterusnya, dia mendekati wanita itu dan menawarkan untuk menghantar anak-anaknya dengan keretanya, sambil meminta wanita itu untuk mengikuti di belakang. Namun, wanita tersebut menolak tawaran bantuan tersebut dengan baik.

Meskipun ditolak, Faizal tetap mengikuti wanita itu dari belakang, memastikan keselamatannya dan anak-anaknya ketika menunggang di laluan sibuk.

Menerusi hantaran yang sama, pengguna itu turut menceritakan pengalaman yang menggambarkan bagaimana wanita itu berhadapan dengan pemandu lori yang membunyikan hon ketika menunggang motosikal di jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Ke Konvokesyen Tanpa Anak Disisi, Sheeda & Suami Bangga Dengan Kejayaan Arwah Puteri Tercinta -“Kami Tetap Bangga Walaupun Dalam Kesedihan”

“Bila dia bergerak, aku follow dari belakang. Ingatkan dia nak balik dekat area situ saja, tapi dia turun ke highway dari Educity menghala ke Perling. Dalam perjalanan, banyak lori dan motor hon dekat dia kerana menunggang di laluan sibuk,” ujar Faizal dalam video tersebut.

Di akhir video, Faizal mengingatkan penonton bahawa walaupun kita mungkin merasa berada dalam keadaan sukar, ada orang lain yang lebih memerlukan bantuan.

Menjengah di ruangan komen, video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Ramai yang menyatakan pemahaman mereka terhadap keputusan wanita itu menolak bantuan, sementara yang lain berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa berjuang dalam situasi yang mencabar demi anak-anak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Faizal Danial

Comments

Leave a Reply