Cantik Villa Konsep Farmhouse Pinggir Kampung, Target Dijadikan Rumah Pencen

Cantik Villa Konsep Farmhouse Pinggir Kampung, Target Dijadikan Rumah Pencen. IMPIANA tertarik dengan dekorasi rumah berkonsep Farmhouse ini. Villa 5 bilik ini dibina di atas tanah seluas suku ekar di pinggir kampung, namun lengkap serba serbi siap mempunyai kolam renang.

Menurut pemilik Yuslan Ibrahim, villa ini telah berusia 5 tahun dan dibina ketika waktu PKP yang lepas. Menariknya meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyiapkan rumah ini namun segalanya dapat disiapkan juga dan kini ia dijadikan sebagai rumah rehat hujung minggu dan rumah sewaan homestay.

“Genap 5 tahun usia rumah yang saya namakan Farmhouse PD. Punyalah berliku nak bina rumah ni, namun hari ini saya mampu tersenyum puas. Bayangkan masa PKP pulak tu, hampir nak bagitau kontraktor stop dulu projek!!!!” kata Yuslan.

Kerja Landskap & Deko Buat Sendiri

Menariknya, segala kerja-kerja mencantikkan landskap dan dekorasi rumah yang dinamakan The Farmhouse PD ini dilakukan oleh pemilik sendiri. Memang cantik dekorasi konsep kediaman bersesuaian dengan pemilihan perabot, pemilihan rona rumah dan sebagainya.

“Semua kerja landskap dan deko buat sendiri dan DIY, hikmah musim PKP duduk rumah jer. Overall saya ambil masa 2 tahun untuk kerja-kerja landskap dan diy ni, sambil spent masa dengan anak-anak. Jadikan rumah hujung minggu, hinggalah penghujung 2022 barulah decide jadikan homestay. Sayang weh rumah dah buat cantik-cantik😅,” jelas Yuslan.

 

Bilik Utama

Bilik Kedua

Bilik Ketiga

Bilik Keempat

Bilik Kelima  

Perancangan ‘Rumah Pencen’

Malah mengikut perancangan pemilik yang kini bertugas sebagai guru, rumah ini sekarang dijadikan sebagai ‘homestay’ dan akan didiami sebagai ‘rumah pencen’ selepas bersara kelak.

“Rumah ini sesuai dengan konsep Farmhouse atau Rumah Ladang, ianya dibina di pinggir kampung, tanah berkeluasan suku ekar. Elemen warna asas putih,hitam dan coklat sahaja.Target untuk rumah pencen nanti, sekarang sewaan homestay hujung minggu di Kg Sawah Sunggala Port Dickson,” kata Yuslan.

Info Kediaman:

Nama Pemilik: Yuslan Ibrahim
Usia Kediaman: 5 Tahun
Konsep Kediaman: Farmhouse
Lokasi: Kg Sawah Sunggala Port Dickson
Keluasan Kediaman: 1380 Kps
Jenis Kediaman: Villa
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM140K-RM160K

Spesifikasi Ruang Kediaman:
5 Bilik tidur, 3 Bilik Air, Ruang Tamu, Dapur, Kolam Renang, Patio (Tempat BBQ Outdoor)

IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman sekeluarga. Memang cantik konsep rumah Farmhouse yang dibina ini. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.

Mesti Baca: Bina Rumah Bersara, Perunding Hartanah Kongsi Perkara Asas Perlu Lakukan
Baca Lagi Di Sini: Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko
Artikel Menarik: Rumah Saiz Kompak Nampak Luas & Selesa Dengan Konsep ‘Farmhouse’

Sumber: The Farmhouse PD

Comments

Leave a Reply