Makanan Perlu Elak Bagi Penghidap GASTRIK Di Bulan Puasa!

Gastrik antara masalah sangat lazim ketika bulan puasa ini.

Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

good looking man pain in your stomach, malay malaysian, 4k, --ar 16:9 --style raw --s 50

Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.

Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.

Foto: ayurvedamagazine

Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.

Berikut antara tip yang boleh diikuti:

• Jangan terlebih makan ketika berbuka

• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh

• Jangan terus tidur selepas bersahur

• Lewatkan sahur, segerakan berbuka

• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur

• Minum susu satu gelas sewaktu sahur

• Buang tabiat merokok

• Makan sedikit + kurma waktu berbuka

Elak makan makanan berikut:

• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh

Gambar hiasan

Makan makanan berikut:

• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang

Gambar hiasan

Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Apa yang penting, anda  cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply